Khamis, 17 November 2011

KAT FB PON X SALAH JIKA MAHU TUNTUT ILMU



Apa yang penting, IKHLAS dalam menuntut Ilmu....dan IKHLAS juga dalam berkongsi ilmu....♥♥

Sabda Rasulullah saw memberi amaran: “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
( Riwayat Ibn Hibban disohihkan oleh Syu’aib al-Arna’uth )

Dalam sebuah hadis yang lain, Baginda mengingatkan:
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.” ( Riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang sahih )

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul, dia tidak akan sekali-kali kalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah terutamanya dalam rangka memahami agama Islam sebagaimana firman ALLAH TA'ALA dalam surah Muhammad, ayat 7 :

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

p/s : Janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinmu selagi mana ada ikhlas dan bersungguh-sungguh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan