Rabu, 16 November 2011

HATI-HATILAH WAHAI MUSLIMAT



Tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa alat 'make up' untuk menambah keserian wajah. Itu tanggapan perempuan pada hari ini. Ramai yang membelinya, ramai yang menggunakannya tapi tak ramai yang tahu hukum menggunakannya. Mungkin kerana tidak belajar atau buat-buat tak tahu kerana lebih mengikut perintah nafsu.

Perempuan yang baik itu mereka yang tidak mendedahkan diri mereka kepada yang bukan muhrim. Sesungguhnya perempuanlah yang paling ramai dihumban ke dalam neraka. Terlalu mudah mereka terjatuh kepada maksiat namun tak dinafikan mereka lebih mudah menggandakan pahala berbanding lelaki.

Akhir zaman, perempuan yang kurang harga maruahnya berlumba-lumba mencari perhatian. Memakai pakaian menjolok mata yang menyumbang kepada pertambahan dosa lelaki. Namun ada juga yang menutup aurat dengan sempurna pada seluruh badan tapi tertipu dengan bisikan syaitan. Muka di'make up' tebal-tebal.  Memang sudah menjadi fitrah wanita untuk menunjuk-nunjuk tambahan pula mereka mempunyai 9 kali ganda lebih nafsu berbanding lelaki. Apabila wajah mereka dihias maka berhiaslah syaitan di hati mereka.

Nabi bersabda mafhumnya
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada pakaian dan zahirmu tapi Allah melihat kepada hati kamu" . 
Apabila hati suci daripada sifat-sifat mazmumah maka akan lahirlah kejernihan itu pada perbuatan. Sudah diketahuilah bahawa pelaku maksiat itu kotor hatinya. Kehidupan di alam ketiga ini perlu sentiasa diiringi dengan mujahadah menentang penguasaan hawa nafsu dan syaitan.

Nabi pernah bersabda 
"Dunia itu penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafir"
Banyak kemahuan kita terbatas, ketahuilah bahawa batasan itulah yang memberi kebahagian di alam yang kekal nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan