Jumaat, 25 November 2011

SUBHANALLAH,INDAHNYA CIPTAAN MU.


Assalamualaikum..

Berikut merupakan pemilihan 10 tempat dengan lanskap paling menakjubkan di dunia berdasarkan penemuan dalam blog-blog sepanjang tahun 2010 oleh Top 10 Source.
Merupakan 'blue hole' terdalam di dunia dengan kedalaman 202 meter (663 kaki) yang terletak di barat Teluk Clarence Town , Long Island, Bahamas
Bentuk muka bumi ini terhasil daripada batuan pasir yang dianggarkan berusia 190 juta tahun.

8. HUTAN BATU SHILIN, YUNNAN CHINA
Batuan tinggi ini kelihatan seperti tumbuh dari tanah secara stalagmite, dengan kebanyaknya kelihatan seperti pokok-pokok batu yang memperlihatkan ilusi sebuah hutan yang diperbuat daripada batu.  Dikenali sebagai "Keajaiban Dunia Yang Pertama" sejak Dinasti Ming (1368-1644 masihi)

 7. PULAU SOCOTRA, YAMAN
Merupakan kediaman bagi lebih daripada 800 spesis tumbuhan, sebahagian 240 daripadanya merupakan endemik kepada pulau itu yang tidak boleh ditemui dari tempat lain di dunia. Walaupun dengan iklim yang panas dan kering, namun tumbuhan yang paling menakjubkan tumbuh subur di sana. Lagi gambar Pulau Socotra di [SINI].

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan, terdapat sebanyak 1776 bukit yang terletak pada keluasan 50km persegi (20 batu persegi). Bukit-bukit ini dilitupi dengan rumput hijau yang akan bertukar menjadi perang/coklat semasa musim kering yang bmembawa kepada penamaan kawasan tersebut.

5. SUBMERGE FOREST, PATAGONIA
Terletak pada kedalaman 30 meter di dasar Tasik Traful, Patagonia, hutan terendam (submerge forest) ini mewujudkan semula lanskap fantasi yang mampu mempesonakan mereka yang berani menyelam di antara pohon-pohon gergasi yang hampir sempurna.

4. TASIK LAHAR, HABSYAH (ETHIOPIA)
Terletak di timur laut Habsyah, sumber hangat dan cahaya yang aneh yang muncul dari perut bumi: merupakan tasik lahar gunung berapi Erta Ale. Ia merupakan 1 daripada hanya 4 tasik lahar di dunia.

3. PULAU YAKUSHIMA, JEPUN
Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia semulajadi pada tahun 1993. Yakushima merupakan daerah paling lembab di Jepun dengan hujan dikatakan turun 30 hari sebulan.

2. HUTAN BULUH SAGANO, JEPUN
Hutan buluh ini merupakan hutan buluh yang paling indah di Jepun. Suara yang dihasilkan oleh hutan bambu ini dari tiupan angin telah dipilih sebagai "100 Suara Jepun Yang Mesti Dikekalkan" oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1870an semasa Thomas Edison mencari buluh yang bagus untuk dijadikan bahan filamen bagi mentol lampu awalnya. Gabenor Kyoto telah menyarankan dua sumber untuk buluh yang mana ini merupakan salah satu daripadanya, dan Edison memilih yang sebaliknya.

1. TAMAN NEGARA RICHTERSVELD, AFRIKA SELATAN
Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1997.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan