Jumaat, 25 November 2011

Pengertian Cinta Menurut Al-Quran

"Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. 

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.



Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.


2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.


3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.


5. Cinta ra'fah, Yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).


6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.


Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi


8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)" 

Rusuhan Mesir kembali bergolak menuntut pilihanraya di Dataran Tahrir!


Bagi kawan-kawan yang belum tahu lagi mengenai situasi sebenar pergolakan Mesir yang kembali merusuh 3 hari yang lepas. mungkin agak terlambat untuk dikongsikan bersama. Mungkin sebagai informasi bersama, saya kongsikan sedikit tentang apa yang sedang berlaku di Mesir bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan dengan segera selepas berkuasa ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari lalu.
Demonstrasi di Kaherah dan lain-lain wilayah di Mesir masih diteruskan walaupun Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah berikrar untuk membentuk kerajaan sementara yang digelar ‘Kerajaan Penyelamat’ dan menjalankan peralihan kuasa menjelang pertengahan tahun depan.
Beribu-ribu penunjuk perasaan yang terlibat dalam “Himpunan Sejuta Rakyat Untuk Selamatkan Negara” memutuskan untuk terus berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah dan bandar-bandar lain seperti Alexandria.
Konfrontasi berterusan sehingga ke malam, dengan polis menggunakan cotar, gas pemedih mata, peluru getah serta melepaskan tembakan amaran terhadap penunjuk perasaan di jalan raya menuju ke Kementerian Dalam Negeri yang berhampiran.
Perhimpunan kelmarin diadakan selepas pertempuran maut selama berhari-hari antara polis dan penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik.
Bilangan penunjuk perasaan yang mencecah ratusan ribu dalam perhimpunan kali ini telah menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan kedua terbesar selepas Revolusi 25 Januari. Perhimpunan kali ini adalah untuk menuntut pihak tentera mempercepatkan proses peralihan kuasa, dan membantah tindakan polis yang zalim dan ganas ketika menyuraikan orang ramai dari Medan Tahrir sehingga menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih 1300 orang tercedera setakat ini.
Menurut agensi berita Mena, seramai 32 orang telah mati sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Sabtu lalu. – AFP
SEJUMLAH penunjuk perasaan antipemerintahan tentera berlari ketika bertempur dengan anggota-anggota polis di Kaherah semalam. -Kosmo
Berikutan isi semasa politik tanah air Mesir yang berlaku, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menasihati kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Islam di Mesir agar tidak menimbulkan sebarang provokasi yang tidak benar mengenai keadaan semasa.
Ia berikutan apabila terdapat provokasi di salah satu media di Malaysia yang menggambarkan keadaan yang kritikal sehingga menyebabkan para ibu dan bapa panik mengenai keselamatan anak-anak mereka di Mesir.
PMRAM menegaskan bahawa keadaan keselamatan bagi mahasiswa/wi Islam di sini adalah masih terkawal bahkan pengajian di universiti masih berjalan seperti biasa.
Presiden PMRAM, Saudara Muhamas Zuhaili Saiman juga telah memaklumkan isu keselamatan semasa kepada pemberita Harian Merto yang telah menelefon beliau seawal jam 5 pagi waktu Mesir, semalam.
Selain itu, Presiden PMRAM juga telah dihubungi oleh pemberita Kosmo pada jam 11 pagi waktu Mesir dalam mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai kondisi keadaan mahasiswa dan mahasiswi Islam Malaysia di Mesir.
“PMRAM menegaskan agar pihak media Malaysia supaya mendapatkan informasi semasa mengenai isu di Mesir melalui saluran rasmi yang ada agar
tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan keadaan panik di kalangan ibu bapa,” ujar beliau.
“PMRAM sentiasa memantau keadaan semasa yang berlaku dan PMRAM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam mendapatkan informasisemasa,” jelas beliau lagi.
Makluman Lanjut layari PMRAM
Inilah realiti dunia politik sekarang apa-apa pun kita doakan moga yang terbaik dan keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin.
Jangan cepat melatah mungkin propaganda-propaganda dan campurtangan pihak ketiga dan keempat. Sama-samalah kita doakan!

SUBHANALLAH,INDAHNYA CIPTAAN MU.


Assalamualaikum..

Berikut merupakan pemilihan 10 tempat dengan lanskap paling menakjubkan di dunia berdasarkan penemuan dalam blog-blog sepanjang tahun 2010 oleh Top 10 Source.
Merupakan 'blue hole' terdalam di dunia dengan kedalaman 202 meter (663 kaki) yang terletak di barat Teluk Clarence Town , Long Island, Bahamas
Bentuk muka bumi ini terhasil daripada batuan pasir yang dianggarkan berusia 190 juta tahun.

8. HUTAN BATU SHILIN, YUNNAN CHINA
Batuan tinggi ini kelihatan seperti tumbuh dari tanah secara stalagmite, dengan kebanyaknya kelihatan seperti pokok-pokok batu yang memperlihatkan ilusi sebuah hutan yang diperbuat daripada batu.  Dikenali sebagai "Keajaiban Dunia Yang Pertama" sejak Dinasti Ming (1368-1644 masihi)

 7. PULAU SOCOTRA, YAMAN
Merupakan kediaman bagi lebih daripada 800 spesis tumbuhan, sebahagian 240 daripadanya merupakan endemik kepada pulau itu yang tidak boleh ditemui dari tempat lain di dunia. Walaupun dengan iklim yang panas dan kering, namun tumbuhan yang paling menakjubkan tumbuh subur di sana. Lagi gambar Pulau Socotra di [SINI].

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan, terdapat sebanyak 1776 bukit yang terletak pada keluasan 50km persegi (20 batu persegi). Bukit-bukit ini dilitupi dengan rumput hijau yang akan bertukar menjadi perang/coklat semasa musim kering yang bmembawa kepada penamaan kawasan tersebut.

5. SUBMERGE FOREST, PATAGONIA
Terletak pada kedalaman 30 meter di dasar Tasik Traful, Patagonia, hutan terendam (submerge forest) ini mewujudkan semula lanskap fantasi yang mampu mempesonakan mereka yang berani menyelam di antara pohon-pohon gergasi yang hampir sempurna.

4. TASIK LAHAR, HABSYAH (ETHIOPIA)
Terletak di timur laut Habsyah, sumber hangat dan cahaya yang aneh yang muncul dari perut bumi: merupakan tasik lahar gunung berapi Erta Ale. Ia merupakan 1 daripada hanya 4 tasik lahar di dunia.

3. PULAU YAKUSHIMA, JEPUN
Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia semulajadi pada tahun 1993. Yakushima merupakan daerah paling lembab di Jepun dengan hujan dikatakan turun 30 hari sebulan.

2. HUTAN BULUH SAGANO, JEPUN
Hutan buluh ini merupakan hutan buluh yang paling indah di Jepun. Suara yang dihasilkan oleh hutan bambu ini dari tiupan angin telah dipilih sebagai "100 Suara Jepun Yang Mesti Dikekalkan" oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1870an semasa Thomas Edison mencari buluh yang bagus untuk dijadikan bahan filamen bagi mentol lampu awalnya. Gabenor Kyoto telah menyarankan dua sumber untuk buluh yang mana ini merupakan salah satu daripadanya, dan Edison memilih yang sebaliknya.

1. TAMAN NEGARA RICHTERSVELD, AFRIKA SELATAN
Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1997.


ISLAM DIJUNJUNG WALAUPUN DIMANA JUA


Assalamualaikum semua. Di Kelantan ini banyak perkara yang jarang dilakukan dilakukan oleh negeri-negeri lain di Malaysia. Seperti yang kita ketahui Kelantan merupakan sebuah badaraya Islam yang dikenali di dalam dan di luar negeri. 

Apa yang membuat saya bangga dan insaf berada di Kelantan ini ialah dari segi ibadah mereka contohnya stadium tempat bermain bola sepak boleh dijadikan tempat berkumpul untuk menunaikan Solat Hajat. Subhanallah!!! 


Selain daripada itu juga di tengah-tengah bandar yang sibuk boleh dibuat kuliah Jumaat. Cuba tengok sambutan yang diberikan oleh orang ramai. Kagum sungguh Ya, Allah...


Dan yang terbharu semalam, mesti korang semua tak sangka gelanggang fusal boleh dijadikan tempat berceramah agama, kalau sapa-sapa yang lihat ini mesti tahun KB Futsal Arena. 

24.11.11, Khamis, 7.30 - 9.30 mlm
Kuliah Di Gelanggang Futsal Arena di Pengkalan Chepa, Kota Baharu
Penceramah: Ustaz Azhar Indrus








Macam mana??? Ada negeri lain buat macam ni.?? Nilai lah sendiri. Hanya Takbir Allahuakbar sahaja dapat dilaugkan apabila semua ini berlaku disini.  Takbir ! Takbir ! takbir ! Allahuakbar.

Khamis, 24 November 2011

Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS


 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
– Surah al-Nisa’ ayat 100

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram.
Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya.

Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam.

Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai.

Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia.

Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.



Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 28 Zulhijjah 1432H bersamaan 24 November 2011M




Tidak terasa, bulan demi bulan menjelang; tahun demi tahun pun berlalu. Kaum Muslim akan kembali memasuki bulan Muharram, Seperti datangnya kembali tahun yang baru 1433 H. Tidak seperti ketika datang Tahun Baru Masehi yang disambut dengan penuh semarak oleh masyarakat, Tahun Baru Hijrah dengan sikap segelintir  kaum Muslim disambut dengan ‘dingin-dingin’ saja. Memang, Tahun Baru Hijrah tidak perlu disambut dengan kemeriahan pesta. Namun demikian, sangat penting jika Tahun Baru Hijrah dijadikan sebagai momentum untuk merenungkan kembali suasana masyarakat kita saat ini. Tidak lain kerana peristiwa Hijrah Nabi saw. Peristiwa Hijrah Nabi saw. tidak lain merupakan peristiwa yang menjadi bukti perubahan masyarakat Jahiliah saat itu menjadi masyarakat Islam.
Inilah sebetulnya makna terpenting dari Peristiwa Hijrah Nabi saw. Ketidakmampuan kita memahami sekaligus mewujudkan makna terpenting Hijrah ini dalam realiti kehidupan saat ini hanya akan menjadikan datangnya Tahun Baru Hijrah tidak memberikan makna apa-apa bagi kita, begitulah tahun pergantian tahun. Ini tentu sedikit pun tidak terkesan pun di hati kita semua bukan? Bersema kita hayati sejenak makna hijrah dan kisah terdahulu.

Makna Hijrah
Secara bahasa, hijrah berarti berpindah tempat. Adapun secara syar‘i, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju Darul Islam. (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276). Darul Islam dalam definisi ini adalah suatu wilayah (negara) yang menerapkan syariat Islam secara keseluruhannya  dalam segala aspek kehidupan dan yang keamanannya berada di tangan kaum Muslim. Sebaliknya, darul kufur adalah wilayah (negara) yang tidak menerapkan syariat Islam dan keamanannya bukan di tangan kaum Muslim, sekalipun purata penduduknya beragama Islam. Definisi hijrah seunpama ini diambil dari fakta Hijrah Nabi saw. sendiri dari Makkah (yang saat itu merupakan darul kufur) ke Madinah (yang kemudian menjadi Darul Islam).
Peristiwa Hijrah, paling tidak, memberikan makna sebagai berikut:
Pertama: Pemisah antara kebenaran dan kebatilan; antara Islam dan kekufuran; serta antara Darul Islam dan darul kufur. Menurut Umar bin al-Khaththab ra. ketika beliau menyatakan: Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. (HR Ibn Hajar).
Kedua: Tonggak berdirinya Daulah Islamiyah untuk pertama kalinya. Dalam hal ini, para ulama dan sejarahwan Islam telah sepakat bahwa Madinah setelah Hijrah Nabi saw. telah berubah dari sekadar sebuah kota menjadi sebuah negara Islam; bahkan dengan struktur yang—menurut cendekiawan Barat, Robert N. Bellah—terlalu modern untuk ukuran zamannya. Saat itu, Nabi Muhammad Rasulullah saw. sendiri yang menjawat sebagai ketua negara.
Ketiga: Awal kebangkitan Islam dan kaum Muslim yang pertama kalinya, setelah selama 13 tahun sejak kelahirannya, Islam dan kaum Muslim terus dipinggirkan dan ditindas secara zalim oleh orang-orang kafir Makkah. Demikianlah sebagaimana pernah diisyaratkan oleh Aisyah ra.:
Dulu ada orang Mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan Rasul-Nya kerana takut difitnah. Adapun sekarang (setelah Hijrah,.) Allah SWT benar-benar telah memenangkan Islam, dan seorang Mukmin dapat beribadah kepada Allah SWT sesuka dia. (HR al-Bukhari).
Setelah Hijrahlah kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam berakhir. Setelah Hijrah pula Islam bangkit dan berkembang pesat hingga menyebar ke seluruh Tanah Arab serta mampu menembus berbagai pelusuk dunia. Setelah Rasulullah saw. wafat, yakni pada masa Khulafaur Rasyidin, kekuasan Islam semakin berkembang ke luar Tanah Arab. Bahkan setelah Khulafaur Rasyidin—yakni pada masa Khalifahan Umayah, Abbasiyah, dan terakhir Utsmaniyah—kekuasaan Islam hampir meliputi 2/3 dunia. Islam bukan hanya berkuasa di Tanah Arab dan seluruh Timur Tengah, tetapi juga menyebar ke Afrika dan Asia Tengah; bahkan mampu menembus ke Jantung Eropa. Kekuasaan Islam malah pernah berpusat di Andalusia (Spanyol).

Dengan mengacu pada tiga makna Hijrah di atas, dengan mengaitkannya dengan situasi masyarakat saat ini, kita melihat:
Pertama: Saat ini umat Islam hidup di dalam darul kufur, bukan Darul Islam. Keadaan ini menjadikan umat Islam membentuk masyarakat yang tidak islami seakan-akan masyarakat Jahiliah. Masyarakat Jahiliah tidak lain adalah masyarakat yang menurut oleh pemikiran dan perasaan umum masyarakat yang tidak islami serta sistem yang juga tidak islami. Dalam konteks zaman Jahiliah moden saat ini, kita melihat, yang mendominasi masyarakat adalah pemikiran dan perasaan sekular serta sistem hukum sekular, yang bersumber dari akidah sekular; yakni akidah yang menyingkirkan peranan agama dari kehidupan. Saat ini masyarakat didominasi oleh pemikiran demokrasi (yang menempatkan kedaulatan rakyat di atas kedaulatan Tuhan), mereka meridhai demokrasi (yang menjunjung tinggi kedaulatan manusia) dan sebaliknya membenci kedaulatan Tuhan untuk mengatur manusia,
Kerana itu, upaya mengubah masyarakat Jahiliah menjadi masyarakat Islam, itulah di antara makna hakiki dari Peristiwa Hijrah Nabi saw. yang harus kita realisasikan kembali saat ini. Caranya tidak lain dengan menggusur dominasi pemikiran, perasaan, dan sistem sekular di tengah-tengah masyarakat saat ini; kemudian menggantinya dengan dominasi pemikiran, perasaan, dan sistem Islam. Tanpa berusaha mengubah ketiga unsur tersebut di tengah masyarakat Jahiliah saat ini, masyarakat Islam yang kita cita-citakan tentu tidak akan pernah dapat diwujudkan.
Kedua: Saat ini tidak ada satu pun negeri Islam yang layak disebut sebagai Daulah Islamiyah. Padahal kita tahu, di antara makna dari Peristiwa Hijrah Nabi saw. adalah pembentukan Daulah Islamiyah, yang saat itu ditegakkan di Madinah al-Munawwarah. Daulah Islamiyah yang dibentuk oleh Nabi saw.—yang dalam perjalanan selanjutnya setelah beliau wafat disebut sebagai Khilafah Islamiyah—tidak lain adalah sebuah negara yang memberlakukan syariat Islam secara kaffah dalam seluruh aspek kehidupan. Kerana itu, upaya membangun kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamiyah ini seharusnya menjadi cita-cita bersama umat Islam yang betul-betul ingin mewujudkan kembali makna Hijrah dalam kehidupan mereka saat ini.
Ketiga: Saat ini keadaan umat Islam di seluruh Dunia Islam sangat memprihatinkan. Di negeri-negeri di mana kaum Muslim minoritinta, mereka tertindas. Bahkan, kaum Muslim di Palestin, Lubnan, Filipina (Moro), Thailand (Pattani), India (Kashmir), dan beberapa wilayah lain merupakan saksi nyata kesengsaraan dan ketertindasan umat Islam saat ini. Bahkan di negeri-negeri yang kaya akan kekayaan alam, namun mereka tak berdaya, dengan mudah negeri mereka diduduki dan dijajah, lihatlah Afghanistan dan Iraq. Mereka ditindas hanya kerana satu alasan, yakni kerana mereka Muslim; sama seperti orang-orang kafir Qurays dulu memperlakukan Nabi saw. dan para Sahabatnya ketika di Makkah. Mereka sama sekali tidak diberi kesempatan untuk memunculkan Islam, bahkan sekadar menampilkan identiti mereka sebagai Muslim. Sebaliknya, kaum Muslim yang tinggal di negeri-negeri di mana mereka keseluruhannya beragama Islampun, hukum-hukum Islam tidak boleh ditegakkan. Kaum Muslim yang berpegang teguh pada aturan-aturan Allah SWT disisihkan.
Mereka yang konsisten dalam perjuangan menegakkan syariat Islam terus-menerus difitnah dengan berbagai cap yang menuduh mereka seperti ekstremis, radikal, fundamentalis, bahkan teroris! Akibatnya, aspirasi Islam dibungkam dan para pejuangnya pun diburu, dimasukkan ke penjara, bahkan dibunuh. Kaum Muslim saat ini hidup tertekan dalam “penjara besar”, yakni negeri mereka sendiri, yang telah dikuasai oleh sistem kufur yang dikawal oleh negara-negara kafir Barat. Posisi umat Islam yang pernah mengalami masa kejayaannya sejak zaman Nabi saw. sampai Kekhilafahan Ustmaniyah di Turki yang terakhir pada tahun 1924. Apalagi setelah Peristiwa 11 September 2001, Islam dan kaum Muslim betul-betul menjadi 'bulan-bulan' AS dan sekutu-sekutunya. Inilah masa-masa yang paling tragis yang dialami kaum Muslim saat ini. Besarnya jumlah kaum Muslim justru hanya menjadi 'makanan empuk' orang-orang kafir yang rakus. Keadaan ini persis seperti yang diramalkan oleh Rasulullah saw. beberapa abad yang lalu:
"Berbagai bangsa akan mengerubuti kalian sebagaimana orang-orang rakus mengerubuti makanan." Seseorang bertanya, "Apakah kerana jumlah kami sedikit pada saat itu?" Rasullullah saw. menjawab, "Kalian pada saat itu bahkan berjumlah banyak. Akan tetapi, kalian seperti buih di lautan. (HR Abu Dawud dan Ahmad).


Renungan
Dari paparan di atas, jelaslah bahwa Hijrah Nabi Muhammad saw. selayaknya dijadikan oleh kaum Muslim sebagai momentum untuk segera meninggalkan sistem Jahiliah, yakni sistem kapitalis-sekular yang berlaku saat ini, menuju sistem Islam. Apalagi telah terbukti, sistem kapitalis-sekular yang jahiliah itu telah menimbulkan banyak penderitaan bagi kaum Muslim, di samping menjadi alat bagi Barat (AS) yang kafir untuk menindas kaum Muslim.
Kerana itu, momentum Hijrah sejatinya menjadi momentum kembalinya sistem Islam ke tengah-tengah kaum Muslim. Kembalinya sistem Islam, yang berarti kembali diterapkannya syariat Islam dalam kehidupan, tidak mungkin terwujud kecuali dalam institusi Daulah Khilafah Islamiyah. Kerana itu, perjuangan menegakkan Daulah Khilafah Islamiyah harus terus perjuangkan dan menjadi agenda utama seluruh komponen umat Islam saat ini. Hanya dengan Daulah Khilafah Islamiyah-lah umat Islam akan kembali menjadi umat terbaik, sebagaimana firman-Nya:
Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia; melakukan amar makruf nahi mungkar, dan beriman kepada Allah. (QS Ali Imran [3] 103).

Hanya dengan Daulah Khilafah Islamiyah pula, janji Allah SWT akan segera terwujud, sebagaimana firman-Nya:
Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; sungguh-sungguh akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka; dan sungguh-sungguh akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. (QS an-Nur [24]: 55).



Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.

NILAI SETITIS AIR MATA




Menangis krn ALLAH,takut krn tdk dapapt mencintai-NYA dgn melaksanakan perkara2 wajib dan Sunat dan Berzikir.
Menangis krn RASULULLAH,tdk dapat menjalankan sunah Nbi dan meni SAMcontohi peribadi NabI saw.
Menangis krn gagal menjadi Hamba ALLAH,byk membuang waktu dgn perkara yg tdk nerfaedah,malas beribadah dan berbut kebaikan.
Menangis krn Ibu bapa,tdk dpt menjadi anak yg sentiasa mendoakan ibu bapanya tdk meluangkan waktu utk berbaktiu pada mrk.

Ketahuilah hidup ini penuh dgn tangisan,sejak kita dilahirkan kedunia dgn tangisan,tatkala dewasa kita di uji dgn pelbagai tangisan dlm celah2 kehidupan kita,kelak kita mati akan diiringi dgn tangisan dan dihantar ke kuburan dgn tangisan'

~Menangislah sebagaimana Nabi SAW sedih akan keadaan dan kesudahan umatnya.
~Menangislah sbgmn Saidina ALI:''wahai dunia! jgnlh engkau perdayai diriku..
~Menangislah sbmna Saidina UMAR: dgn hibahnya khuatir semua org masuk syurga kecuali dirinya.
~Menangislah spt wanita ANSAR:sedih krn tdk ada lagi anaknya utk dihantar berperang,krn kesemuahnya tlh mati dlm perang jihad.
~Menangislah sbgmn SYEIKH ABU YAZID:berpaling dari BIDADARI tatkala menyedari hilangnya kemanisan bermunajat pd ALLAH.
~Menangislah sbgmn RABIATUL ADAWIYYAH:tdk menginginkn SYURGA dn takutkan NERAKA krn dlmnya CINTA-NYA kpd ALLAH.