Ahad, 9 Oktober 2011

TAK SABAR NAK GRADUATE..


UM : Graduan Buta Akui Ibu Bapa Pendorong Utama

Kuala Lumpur, 10 Okt : Cacat kedua-dua penglihatan yang dialami sejak kecil bukan penghalang bagi Norzirah Othman, 25, meneruskan pengajian sehingga menggenggam segulung ijazah minggu lalu (Jumaat).
Berbekalkan semangat tidak berputus asa dan menganggap kehidupan sebagai satu perjuangan, beliau akhirnya berjaya mengharungi tempoh tiga tahun pengajiandalam bidang Pengajian Media di Universiti Malaya (UM).
“Saya berasa amat gembira kerana ini merupakan suatu kemenangan yang amat berharga dalam diri saya. Segala usaha dan penat jerih saya akhirnya membuahkan hasil,” katanya..
834 graduan hari terakhir konvokesyen
Beliau merupakan seorang daripada 834 orang graduan yang dianugerahkan ijazah dan diploma pada sidang kelapan istiadat tersebut yang disempurnakan oleh Pro Canselor UM Tan Sri Siti Norma Yaakob.
Norzirah yang berasal dari Arau, Perlis, berkata ibu bapanya merupakan pendorong paling istimewa dalam apa yang dikecapinya hari ini kerana mereka memberi semangat dan sokongan kepadanya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Susah payah ibu dan bapa saya yang bekerja sebagai penoreh getah selama ini harus dibalas, walaupun saya tidak sempurna penglihatan seperti orang lain, namun ianya bukan penghalang untuk saya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka,” katanya.
Norzirah yang bercita-cita menjadi seorang wartawan berkata walaupun cita-citanya itu mungkin tidak akan kesampaian namun beliau tetap akan meneruskan minatnya dalam bidang kewartawanan sebagai seorang penulis.
Usia 74 tahun peroleh Ijazah Sarjana Muda
Sementara itu, usia bukan penghalang bagi Mohd Tahir Ahmad, yang berusia 74 tahun untuk dianugerahkan ijazah sarjana muda Jurisprudens.
Beliau yang telah lama menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian akhirnya berjaya menggenggam ijazah pertamanya itu setelah berhempas pulas hampir tujuh tahun mengikuti pengajian jarak jauh.
“Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang pengajian ini terutamanya untukmengingat akta-akta undang-undang kerana faktor umur saya.
Namun, berkat sokongan padu isteri dan anak-anak, akhirnya saya berjaya juga mencapaicita-cita yang sudah sekian lama ini,” katanya.
Pada majlis itu, Siti Norma menyampaikan ijazah sarjana muda kepada 666 graduan antaranya daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti Undang-undang dan Pusat Kebudayaan serta 167 graduan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan.
Seramai 6,638 graduan menerima ijazah dan diploma pada konvokesyen Universiti Malaya tahun ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan