Ahad, 9 Oktober 2011

UNTUNG ADIK2 TAHUN HADAPAN...BERSABARLAH DGN KEPUTUSAN INI...


Pengajian di UM Nilam Puri Bakal Dikurangkan Setahun

Universiti Malaya, 10 Okt : Universiti Malaya cawangan Nilam Puri yang terletak di Kelantan bakal berubah wajah sepenuhnya tahun hadapan.
Sumber daripada seorang kakitangan di Akademi Pengajian Islam UM Kuala Lumpur menyatakan perubahan besar bakal dilakukan dalam pengajian akan datang.
Menurutnya yang enggan namanya dikenali ketika ditemui wakil Gazebo Daily, sistem pengajian itu telah pun diluluskan di mesyuarat Majlis Senat UM tiga tahun lalu.
“Ketika itu, kertas kerja berkenaan telah dibentangkan dan diproposal oleh bekas Pengarah API, Dr. Hidayat Buang.”
“Jadi, bila Pengarah baru (Dr. Ruzman) naik, kertas kerja tu dah pun lulus.”
“Maksudnya sistem pengajian dua tahun Nilam Puri bakal bertukar jadi setahun sahaja lepas ni.”, jelasnya.
Kesan jangka masa panjang
Profesor Dr. Ahmad Hidayat
“Hmm.. alasan yang diberikan kenapa nak ubah adalah kerana sistem matrikulasi 1 tahun lebih releven sekarang.”
“Prof (Hidayat Buang) nak buat sama macam sistem di PASUM (Pusat Asasi UM).”
Menurutnya lagi, dengan berubahnya sistem pengajian tersebut, kesan jangka masa panjang akan berlaku.
“Bila sistem setahun, maknanya tak akan ada senior di sana. Yang ada hanyalah pensyarah, kakitangan dan pelajar sesi tersebut.”
“Kat sana boleh muat 600-700 pelajar.”
“Jadi, bila keadaan camtu, nampak gayanya akan rugilah UM tanggung kos penyelenggaraan, bil elektrik dan sebagainya 3-4 tahun akan datang.”, ujarnya dengan panjang lebar.
Tindakan APIUM
Pengarah APIUM, Dr. Ruzman
Apabila ditanya apakah tindakan yang akan dilakukan pihak pentadbiran Akademi Pengajian Islam UM (APIUM), ini jawapannya :
“Kita memang susah nak lawan atau ‘holdkan’ sebab Majlis Senat dah lulus.”
“Jadi, di peringkat kita, kita sedang tunggu pengesahan dan arahan pihak tertinggi UM tentang masa dan sesi untuk laksana sistem baru ni.”
“Tapi, dengar jangkaan sesi baru (semester hadapan) akan bermula.”
“Tak bermaksud kita bulat-bulat bantah, tak juga bermaksud bulat-bulat setuju. Cumanya kita ambil pendekatan perhati kesannya terhadap pengajian di UM ni.”, ujarnya sambil menyatakan APIUM secara dasarnya tidak bersetuju dengan langkah yang bakal dilakukan. 

1 ulasan:

  1. Memang lah untung dan jimat dari segi masa tp dari segi ilmu kurang lah...kat um nilam puri mcm2 ilmu kita dpt lebih2 lg bahasa arab..

    BalasPadam