Rabu, 12 Oktober 2011

Pro-M Nasional : Internet ‘Slow’ Ada Kaitan PRU-13


Mohd Taufiq
Kuala Lumpur, 12 Okt : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu masalah kelembapan internet di beberapa buah universiti besar negara.
Menurutnya yang juga siswa Tahun Tiga Universiti Malaya, situasi itu kemungkinan besar ada kaitan dengan ‘mood’ Pilihanraya Umum ke-13 yang dikatakan bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pilihanraya Umum ke-13 sehingga kini diberitakan bakal diadakan sama ada 11/11/11 atau bulan Mac tahun hadapan.
Ramai siswa mengadu
“Sehingga kenyataan saya ini, saya juga mendapat maklumat dari beberapa rakan saya di kampus lain.”
“Di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), juga terdapat masalah perkhidmatan internet yang kadang-kala disekat dan tidak boleh mengakses.”, ujarnya.
“Dan di kampus UM pun saya dengar ramai mengadu, waktu pagi barulah ‘laju’ berbanding sebelum ini yang ‘lancar aksesnya’.”
“Begitu juga di sebuah kampus utama di sebelah utara, pun saya mendapat berita di kampus tersebut ada had waktu untuk akses internet sedangkan pelajar bebas untuk menggunakan internet tanpa ada waktu dihadkan untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya.”
Ada kaitan Pilihanraya Umum
Dalam pada itu, Mohd Taufiq dalam persepsinya menyatakan kemungkinan ada pihak cuba mensabotaj IPTA/IPTS.
“Pilihanraya dah nak hampir. Mungkin pandangan saya ni kasar sikit.”
“Tapi, pada pandangan saya, mungkin ada pihak tertentu yang ingin menyekat golongan mahasiswa daripada memperoleh maklumat dan sebagainya.”
“Saya tidak mahu menuduh atau menyalahkan sesiapa tapi situasi ni kita boleh fikir dengan akal waras yang dikurniakan Allah kepada kita.”
“Di UM contohnya, kemudahan internet telah pun dinaikkan tahap kelajuannya semasa cuti (projek bawah pentadbiran) tapi kenapa sekarang masih macam ‘kura-kura’ kelajuannnya.”
“Kemungkinan ini berkait rapat dengan usaha untuk elak golongan muda mengakses media-media luar atau sumber-sumber berita berkenaan sesuatu isu yang sekarang ini sudah hangat dengan kemunculan beberapa media baru sepertifacebook, twitter dan sebagainya.”
“Begitu juga maklumat yang saya peroleh di sebuah kampus yang berhampiran dengan UM, sepatutnya kemudahan internet diberikan tanpa had kepada student, tapi tidak.”
“Sepatutnya sekat untuk laman-laman tertentu, laman yang tidak elok diakses orang ramai dan student.”
Menyusahkan pelajar
YDP Persatuan Mahasiswa Perlis UM (PERMASIS UM) itu juga berpendapat situasi yang berlaku amat-amat menekan mahasiswa.
“Saya selaku mahasiswa juga merasai tekanan dan desakan, sedangkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan secepat mungkin.”
“Dan saya mewakili mahasiswa UM dan Pro-Mahasiswa menggesa pihak berkenaan menjawab isu ini dengan penjelasan yang kukuh dan tidak menyebabkan mahasiswa ‘sumpah seranah’ di laman-laman sosial semata-mata isu ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan