Isnin, 10 Oktober 2011

PENGISIAN DAKWAH...


DAKWAH VS. AKADEMIK

Sebagai seorang pelajar, sudah pastinya tugas kita adalah adalah belajar, belajar, dan terus belajar. Belajar apa? Menuntut ilmu yang baik, semua ilmu yang baik itu ilmu Allah jua. Yang tidak baik itu datang nya dari iblis laknatullah. Contoh yang tidak baik ilmu sihir, ilmu hitam dan lain-lain. Yang baik selain dari yang tidak baik.

Maka timbullah kontroversi dikalangan pelajar ini. Mana yang aulawiyat, dakwah atau akademik? Jawapannya; akademik nombor satu dakwah bukan nombor dua. Ianya seiring dan berkadar langsung.
Namun, masih terdapat suara-suara yang mengatakan; “Tak perlu lah kamu aktif sangat tu, tumpukan pada akademik. Kita kena bawa satu contoh yang baik sebagai umat Islam.” Memang benar kita perlu bawa satu contoh yang terbaik, tetapi bukan dengan cara meninggalkan medan dakwah dan perjuangan! Namun, masih ada yang kurang mengerti. Buktinya, terdapat beberapa ajk surau (adalah surau mana) menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai ajk surau dengan alasan akademik. Ada pelajar yang mengelakkan diri dari mengikuti program kerohanian dengan alasan study.
Cuba fikirkan semula, seandainya semua pelajar yang faham perjuangan dengan bilanganyang sedikit ini meletakkan jawatan dalam mana-mana platform dan berhenti dari menganjurkan program-program kerohanian... siapakah yang akan menyeru kepada Islam? Siapakah yang akan mencegah kemungkaran? Rasanya, akan ramailah umat Islam yang murtad. Lebih-lebih lagi dengan gerakan musuh-musuh Islam yang begitu aktif khususnya di bumi Sabah dan Sarawak. Dan yang paling utama, apakah jawapan kita terhadap soalan malaikat di alam barzakh nanti??
Imbaslah kembali sejarah As-Syahid Hassan Al-Banna...
MARDHATILLAH... MENUJU REDHA ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan