Jumaat, 2 Disember 2011

MENGENAL TOKOH:DR ABDULLAH AZZAM


abdullahazam02.jpg
26 November 1989, Dr. Abdullah Azzam dikurniakan syahid setelah berjihad di bumi Palestin dan Afghanistan. 26 November 2007, genaplah 18 tahun pemergian beliau. Peribadi kebanggaan umat. Seorang ulama’ yang memilih untuk hidup sebagai mujahidin, meninggalkan segala kesenangan hidup dan pendapatan yang lumayan. Kisah syahidnya diketahui oleh semua. Beliau akan terus menjadi qudwah kepada mujahidin dan pendakwah sepanjang zaman. Moga Allah menerima ruhnya dan menggantikan kepada umat ini mujahid seumpamanya.
Saya kongsikan di sini beberapa kisah menarik di dalam kehidupan beliau sebelum beliau berjihad di bumi Afghanistan untuk dijadikan renungan dan teladan buat kita.
Permulaan Jihad
Beliau mula mendapat pentarbiahan Ikhwan Muslimin sejak berusia10 tahun. Pernah menziarahi Syeikh Abdul Rahman Khalifah, Muraqib Am Ikhwan Jordan ketika itu. Mula terlibat dengan jihad ketika berusia 26 tahun bermula dari tahun 1967 (tahun penjajahan Palestin keseluruhannya) . Berpindah ke Jordan dengan berjalan kaki selama 10 hari setelah keseluruhan Palestin dijajah oleh Yahudi. Meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan dua orang anak di sempadan Jordan – Palestin untuk mula aktif di medan jihad. Ketika isterinya melahirkan anak ketiga mereka, beliau berada di medan jihad di Palestin.
Tekanan Di Mesir
Pada tahun 1970 beliau dan keluarga berpindah ke Mesir untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Berjaya menamatkan PhD di dalam bidang Usul Fiqh di Universiti al-Azhar dalam tempoh yang cukup singkat iaitu setahun lapan bulan. Dikenakan pelbagai tekanan ketika berada di Mesir, di antaranya cubaan untuk memberhentikannya dari al-Azhar dan mengeluarkan beliau dari Mesir. Tekanan-tekanan dikenakan sehingga beliau dan keluarganya terpaksa berpindah di antara 20 buah rumah dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
Dakwah di Jordan
Pada tahun 1972 beliau ke Jordan dan bekerja selama lapan tahun di Universiti Jordan. Di situ beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk terlibat di dalam jihad di Palestin. Selepas hanya sebulan bekerja di Jordan, beliau berjaya menarik ramai pemuda untuk keluar ke medan jihad di sempadan Jordan – Palestin selama tiga hari, pada minggu terakhir setiap bulan.
Pemecatan Dari Universiti Jordan
Pada tahun 1980 berlaku perselisihan di antara beliau dan Perdana Menteri Jordan ketika itu disebabkan satu karikatur yang disebarkan di dalam sebuah akhbar utama tempatan. Akhbar tersebut menyiarkan satu lukisan yang menggambarkan umat Islam sebagai ajen Amerika Syarikat. Beliau telah menalipon akhbar tersebut dan bercakap dengan pelukis karikatur tersebut. Setelah berlaku perdebatan dan pelukis tersebut menolak untuk meminta maaf, as-Syahid Abdullah Azzam berkata kepadanya: “Jika kamu tidak meminta maaf esok di dalam akhbar itu sendiri, kamu akan melihat akibatnya. Kamu memiliki akhbar dan kami memiliki minbar. Jordan; dari utara ke selatan akan bercakap tentang isu ini. Kami akan memboikot akhbar kamu. Bukalah gudang kamu untuk kamu menyimpan akhbar kamu.”
Pelukis tersebut yang merupakan adik ipar Perdana Menteri telah menghubungi Perdana Menteri. As-Syahid Abdullah Azzam telah dipaksa agar meminta maaf tetapi beliau enggan. Satu dakwaan dikenakan ke atas beliau tetapi beliau berjaya di dalam kes tersebut. Tidak sampai sebulan dari peristiwa tersebut beliau telah dipecat dari jawatannya sebagai pensyarah.
Selepas peristiwa tersebut mereka telah berpindah ke Arab Saudi dan as-Syahid bekerja sebagai pensyarah di sana. Tetapi ianya hanya untuk sembilan bulan sahaja.
Konspirasi di Saudi
Ketika mula-mula beliau sampai di Saudi, beliau mula terdengar tentang berita jihad di Afghanistan. Di situ beliau mula memikirkan bagaimana caranya untuk ke Afghanistan dan membatalkan kontrak lima tahun perkhidmatan dengan universiti. Isterinya menceritakan betapa gelisahnya as-Syahid ketika itu: “Saya merasakan bahawa pada setiap kali beliau masuk tidur, beliau seolah-olah tidur di atas bara api. Berpindah menggolekkan badannya dari satu tempat ke tempat yang lain sambil merintih-rintih meminta Allah memberikan jalan keluar.”
Kerajaan Saudi pada masa itu mula merasakan bahaya kewujudan Abdullah Azzam di bumi Saudi. Mereka mengeluarkan satu iklan tawaran untuk pensyarah yang berminat untuk dipinjamkan ke Pakistan dalam program pertukaran pensyarah. Abdullah Azzam mendaftarkan diri untuk perpindahan tersebut. Rupa-rupanya selepas beliau mendaftarkan dirinya, iklan tersebut ditutup dan beliau adalah calon tunggal yang mendaftarkan diri. Iklan tersebut rupanya dibuat khusus untuk mengeluarkan beliau dari Saudi.
Tiga Pilihan Buat Isteri
abdullahazzam01.jpg
Isteri beliau menceritakan tentang nekad Abdullah Azzam untuk berjihad di Afghanistan:
Azzam kembali ke rumah dan berkata kepadaku: “Kemas pakaian kamu ke dalam beg. Saya tidak tahu ke mana kita akan pergi. Saya juga tidak mahu menyebut ke mana kita akan pergi.”
Kemudian beliau lebih membingungkan saya apabila beliau berkata kepada saya: “Saya akan berpindah dan kamu mempunyai tiga pilihan. Saya tidak mahu mendengar pilihan kamu sekarang. Fikirkan selama seminggu. Jika kamu ingin duduk di rumah ini di Saudi, kamu boleh lakukannya. Ini adalah rumah untuk seorang profesor universiti. Rumah seumpama istana dan perabotnya semua buatan Eropah. Kamu akan mendapat kereta buatan Amerika dengan pemandunya sekali. Yuran pengajian anak-anak semua ditanggung oleh universiti. Gaji saya semuanya adalah untuk kamu. Atau (pilihan kedua) kamu juga boleh kembali ke Jordan. Kamu akan tetap mendapat rumah dan kenderaan serta hidup di tengah-tengah keluarga, rakan-rakan dan kesayanganmu. Atau (pilihan ketiga) kamu ikut saya dan bersedia untuk menghadapi apa juga suasana yang akan menimpa. Saya tidak bertanggungjawab atas apa pilihanmu. Fikirkan dan mintalah pandangan orang lain. Moga-moga Tuhan akan mengurniakan kamu keteguhan dan kematangan.”
Kemudian beliau membawa saya ke rumah yang disediakan oleh pihak universiti. Saya tidak pernah melihat rumah itu sebelum ini kerana sejak tiba ke Saudi, saya lebih suka tinggal di rumah yang berhampiran dengan Masjidil Haram.
Saya tidak sabar untuk menunggu seminggu. Saya cuma mampu bertahan sehari sahaja. Selepas itu saya berkata kepadanya: “Kenapa kamu memberikan saya tiga pilihan? Kamu lari dari tanggungjawab. Saya mempunyai anak-anak yang perlukan bapa. Apa yang mampu dilakukan oleh rumah yang besar dan saudara mara? Kamu meninggalkan saya dengan bebanan 7 orang anak; empat lelaki dan tiga perempuan. Bagaimana saya mampu menanggung semua ini bersendirian? Saya tidak mahu tinggal di sini atau di Jordan. Jika kamu tergantung di udara sekali pun, kami akan tetap bersama kamu.”
Abdullah Azzam bertakbir kegembiraan lalu berkata: “Demi Allah, kamu memilih apa yang saya pilih. Itu lebih menggembirakan saya dari pilihan-pilihan yang lain.
Kisah Rezeki di Pakistan
Tiba di Pakistan, Abdullah Azzam meminta agar pihak pengurusan universiti menghimpunkan kelasnya pada dua hari sahaja seminggu. Dia akan berada diPakistan selama dua hari dan berada di medan jihad di Afghanistan selama limahari. Ini berterusan selama tiga tahun.
Ada cubaan untuk mengembalikannya ke Saudi setelah mereka mendapati bahawa beliau lebih merbahaya jika berada di Pakistan daripada di Saudi. Ketika beliau ingin memperbaharui visanya, urusan tersebut tidak berjaya dilakukan. Alasan yang diberikan adalah kerana dia diperlukan di Saudi dan tidak lagi di Pakistan. Sebenarnya setiap kali beliau memperbaharui visa, beliau akan membawa di dalam poketnya surat perletakan jawatan dan menjangkakan bahawa perkara tersebut akan berlaku. Beliau terus mengemukakan surat perletakan jawatan tersebut dan memilih untuk hidup sebagai mujahid di bumi Afghanistan.
Tidak lama selepas itu, Rabitoh Alam Islami yang mendengar berita perletakan jawatannya itu menawarkan kepada beliau kerja di Rabitah Alam Islami dengan separuh dari gaji beliau di universiti. Demikianlah benar apa yang dijanjikan Allah: “Di langit itu rezeki kamu dan apa yang dijanjikan untuk kamu.” (Az-Zariyat: 22)
Gambaran Kehidupan Sebuah Keluarga Mujahidin
Isteri beliau menceritakan: “Kami berpindah ke rumah seluas 2.5 x 3 meter. Di situlah dapur. Di situlah ruang tamu. Di situlah bilik tidur. Bahkan kami mandi di situ juga.”
Beliau menceritakan lagi: “Apabila waktu tidur, saya akan membariskan anak-anak saya dan saya tidur dihujung kaki mereka. Apabila masuk waktu Subuh, tidak ada ruang untuk solat Subuh. Saya mengambil wudhu’ di situ dan solat di situ.”
Tentang pendidikan anak-anak beliau berkata: “Anak-anak saya sudah besar. Mereka perlu kepada sekolah Arab. Di sana tidak ada sekolah Arab kecuali sekolahLibya yang bercampur di antara lelaki dan perempuan. Saya tidak dapat mencarikan sekolah yang sesuai untuk anak-anak perempuan saya sedangkan mereka sudah sepatutnya masuk sekolah menengah. Anak-anak lelaki masih di sekolah rendah, jadi saya hantar mereka ke sekolah Libya. Manakala anak-anak perempuan belajar di rumah. Saya meminta pertolongan beberapa orang guru perempuan untuk mengajar mereka. Saya mendaftarkan anak-anak perempuan saya di Kedutaan Mesir dan mengambil peperiksaan di sana. Mereka mendapat sijil mereka dari Kedutaan Mesir.”
Qudwah
Demikianlah sedikit kisah tentang permulaan jihad as-Syahid Dr. Abdullah Azzam di bumi Afghanistan. Moga-moga Allah memberikan kita kekuatan untuk mencontohinya.

Khamis, 1 Disember 2011

APA ITU FREEMASON




LOGO FREEMASON

Freemason adalah sebuah budaya yang diciptakan oleh kaum Yahudi untuk mendukung gerakan Zionisnya.

Gerakan Zionis itu sendiri adalah gerakan mempersatukan Yahudi sedunia. Atau tepatnya men Yahudi kan dunia. Bersemboyan "satu bangsa ialah bangsa yahudi, satu bahasa ialah bahasa yahudi, satu tanah air ialah tanah air yahudi". Sedikit ditarik ke belakang, sejarah bagaimana bangsa Yahudi muncul.

Berasal dari garis keturunan nabi Yaqub yang mempunyai 12 orang anak dari 4 orang perempuan, yaitu Ruben, Simeon, Levi, Yehuda, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Yusuf, Benjamin. Dan dari keturunan Yehuda lah bangsa ini berkembang di Mesir sampai akhirnya nabi Musa menyelamatkan dari kekejaman Firaun. Disebut Bani Israil (bangsa Israel) karna nabi Yaqub sendiri mempunyai sebutan 'Isra-il' yang artinya pilihan Allah. Layaknya nabi Musa yang mempunyai sebutan 'Kalimullah' yang artinya yang berbicara dengan Allah. Oleh karna itulah bangsa Yahudi atau Israel merasa kaumnya lah yang terbaik di antara kaum lainnya di dunia ini.

Perjalanan bangsa Yahudi tidaklah mulus (Alhamdulillah..). Mereka menjadi bangsa yang terjajah yang mengharuskan mereka menjadi bangsa nomaden. Palestina yang pernah menjadi teritorinya pernah direbut oleh kerajaan Asyria, dihancurkan pasukan Romawi, dibantai oleh raja Nebukadnezar dan mereka pernah merasakan jadi pendatang di kota Madinah pada zaman nabi Muhammad saw.(salah satu faktor dibuatnya piagam Madinah oleh Rasulullah saw.).
Nabi Sulaiman yang menjadi pengganti nabi Daud dalam memimpin bangsa ini, mendirikan mesjid Al Aqsha yang oleh bangsa Yahudi disebut Haikal Sulaiman (kuil Sulaiman). Seiring dengan perebutan teritori bangsa Yahudi, Haikal Sulaiman ini pun mengalami beberapa kali penghancuran. Dan beberapa kali pula bangsa Yahudi mencoba membangun kembali kuilnya sampai pada akhirnya hanya tertinggal sebagian puing dinding. Kelak dinding ini disebut sebagai dinding ratapan (Al Makba). Palestina pun direbut Romawi dan dihadiahkan kepada khalifah Umar dan termasuk dalam wilayah kekhalifahan Turki Ustmani.

Dari sejarah ini lah bangsa Yahudi mencoba 'membalas dendam' perlakuan dunia terhadapnya.

Sejarah lain mengatakan kaum ini terbentuk dari sekumpulan ksatria Templar yang kalah perang salib, lalu bersumpah untuk hidup sederhana, mengabaikan kekayaan dan mengabdikan hidupnya untuk membela agama. Kalau ada yang suka main game 'Age of Empire', disitu ada pasukan berkuda yang cukup jadi andalan. Namanya pasukan Paladin. Kira-kira itulah ksatria Templar.

Sejalan dengan aksi 'balas dendam' yang dilakukan oleh bangsa Yahudi, gerakan-gerakan Zionisme makin dipertajam langkahnya dengan membentuk budaya Freemasonry pada tahun 1717. Budaya yang menyerukan persaudaraan dan kerjasama dalam segala kebaikan dengan tidak membedakan agama, ras dan suku, menyatakan bahwa penghormatan tertinggi pada pribadi manusia bukan pada ketuhanan serta menganggap semua agama itu sama. Kalau dipikir-pikir ini sama dengan apa yang sering kita temui akhir-akhir ini dengan istilah lain, pluralisme. Tidak mengakui agama monoteisme.

Freemason ini terdiri dari dua kata, Free dan Mason. Yang artinya Kelompok Merdeka yang Sedang Membangun. Kalau dalam lafaz Arab disebut Masuniah.
Kejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan oleh kaum Freemasonry ini adalah salah satunya meruntuhkan Khilafah Ustmani pimpinan Sultan Abdul Hamid II di Turki oleh seorang Yahudi bernama Kemal Attaturk pada 2 Februari 1923. Sementara Khilafah adalah konsep kepemimpinan umum bagi umat Muslim dunia. Semacam Law Centre nya umat Islam. Kejahatan lainnya adalah menunjuk Mirza Ghulam sebagai pemimpin umat islam aliran Ahmadiyah yang melenceng jauh dari konsep islam ahlusunah waljamaah.

Lalu membentuk Panitia Perang Dunia ke I, yang bertujuan meruntuhkan kekaisaran Rusia dan Turki. Rusia harus dijadikan negara komunis serta menjadi pusat komunis internasional. Kekhalifahan Turki dihilangkan dan dibentuklah Turki sebagai negara sekuler.
Membentuk Panitia Perang Dunia ke II, perang antara fasisme dan zionisme. Bertujuan menyingkirkan keturunan Yahudi campuran sehingga terciptalah dunia yang diisi dengan keturunan asli Yahudi.

Prinsip-prinsip dasar Freemason yang menyatakan bahwa semua agama adalah sama, menjadi hal yang sering kita dengar akhir-akhir ini. Penyamarataan konsep agama. Pluralisme inilah yang menjadi bukti bahwa pemikiran-pemikiran kaum Yahudi sudah merasuki ke kehidupan di dekat kita. Bahaya dari pemikiran-pemikiran Yahudi ini menjadi momok bagi umat muslim dunia pada umumnya dan umat muslim Indonesia, pada khususnya mengingat Indonesia sebagai negara dengan jumlah Muslim terbanyak. Pemikiran-pemikiran yang harusnya kita beri perhatian khusus agar tidak menjadi benalu didalam tubuh umat islam.

Freemason sendiri sudah berada di antara umat Islam di Indonesia seiring Belanda menjajah negeri ini. Jadi memang sudah lama tumbuh dan berkembang disini.Tinggal masa berlakunya freemason di Malaysia, dan sememangnya telah wujud freemason di Malaysia.. Next post saya akan cerita freemason di Malaysia….

Jumaat, 25 November 2011

Pengertian Cinta Menurut Al-Quran

"Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. 

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.



Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.


2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.


3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.


5. Cinta ra'fah, Yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).


6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.


Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi


8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)" 

Rusuhan Mesir kembali bergolak menuntut pilihanraya di Dataran Tahrir!


Bagi kawan-kawan yang belum tahu lagi mengenai situasi sebenar pergolakan Mesir yang kembali merusuh 3 hari yang lepas. mungkin agak terlambat untuk dikongsikan bersama. Mungkin sebagai informasi bersama, saya kongsikan sedikit tentang apa yang sedang berlaku di Mesir bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan dengan segera selepas berkuasa ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari lalu.
Demonstrasi di Kaherah dan lain-lain wilayah di Mesir masih diteruskan walaupun Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah berikrar untuk membentuk kerajaan sementara yang digelar ‘Kerajaan Penyelamat’ dan menjalankan peralihan kuasa menjelang pertengahan tahun depan.
Beribu-ribu penunjuk perasaan yang terlibat dalam “Himpunan Sejuta Rakyat Untuk Selamatkan Negara” memutuskan untuk terus berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah dan bandar-bandar lain seperti Alexandria.
Konfrontasi berterusan sehingga ke malam, dengan polis menggunakan cotar, gas pemedih mata, peluru getah serta melepaskan tembakan amaran terhadap penunjuk perasaan di jalan raya menuju ke Kementerian Dalam Negeri yang berhampiran.
Perhimpunan kelmarin diadakan selepas pertempuran maut selama berhari-hari antara polis dan penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik.
Bilangan penunjuk perasaan yang mencecah ratusan ribu dalam perhimpunan kali ini telah menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan kedua terbesar selepas Revolusi 25 Januari. Perhimpunan kali ini adalah untuk menuntut pihak tentera mempercepatkan proses peralihan kuasa, dan membantah tindakan polis yang zalim dan ganas ketika menyuraikan orang ramai dari Medan Tahrir sehingga menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih 1300 orang tercedera setakat ini.
Menurut agensi berita Mena, seramai 32 orang telah mati sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Sabtu lalu. – AFP
SEJUMLAH penunjuk perasaan antipemerintahan tentera berlari ketika bertempur dengan anggota-anggota polis di Kaherah semalam. -Kosmo
Berikutan isi semasa politik tanah air Mesir yang berlaku, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menasihati kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Islam di Mesir agar tidak menimbulkan sebarang provokasi yang tidak benar mengenai keadaan semasa.
Ia berikutan apabila terdapat provokasi di salah satu media di Malaysia yang menggambarkan keadaan yang kritikal sehingga menyebabkan para ibu dan bapa panik mengenai keselamatan anak-anak mereka di Mesir.
PMRAM menegaskan bahawa keadaan keselamatan bagi mahasiswa/wi Islam di sini adalah masih terkawal bahkan pengajian di universiti masih berjalan seperti biasa.
Presiden PMRAM, Saudara Muhamas Zuhaili Saiman juga telah memaklumkan isu keselamatan semasa kepada pemberita Harian Merto yang telah menelefon beliau seawal jam 5 pagi waktu Mesir, semalam.
Selain itu, Presiden PMRAM juga telah dihubungi oleh pemberita Kosmo pada jam 11 pagi waktu Mesir dalam mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai kondisi keadaan mahasiswa dan mahasiswi Islam Malaysia di Mesir.
“PMRAM menegaskan agar pihak media Malaysia supaya mendapatkan informasi semasa mengenai isu di Mesir melalui saluran rasmi yang ada agar
tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan keadaan panik di kalangan ibu bapa,” ujar beliau.
“PMRAM sentiasa memantau keadaan semasa yang berlaku dan PMRAM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam mendapatkan informasisemasa,” jelas beliau lagi.
Makluman Lanjut layari PMRAM
Inilah realiti dunia politik sekarang apa-apa pun kita doakan moga yang terbaik dan keadaan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin.
Jangan cepat melatah mungkin propaganda-propaganda dan campurtangan pihak ketiga dan keempat. Sama-samalah kita doakan!

SUBHANALLAH,INDAHNYA CIPTAAN MU.


Assalamualaikum..

Berikut merupakan pemilihan 10 tempat dengan lanskap paling menakjubkan di dunia berdasarkan penemuan dalam blog-blog sepanjang tahun 2010 oleh Top 10 Source.
Merupakan 'blue hole' terdalam di dunia dengan kedalaman 202 meter (663 kaki) yang terletak di barat Teluk Clarence Town , Long Island, Bahamas
Bentuk muka bumi ini terhasil daripada batuan pasir yang dianggarkan berusia 190 juta tahun.

8. HUTAN BATU SHILIN, YUNNAN CHINA
Batuan tinggi ini kelihatan seperti tumbuh dari tanah secara stalagmite, dengan kebanyaknya kelihatan seperti pokok-pokok batu yang memperlihatkan ilusi sebuah hutan yang diperbuat daripada batu.  Dikenali sebagai "Keajaiban Dunia Yang Pertama" sejak Dinasti Ming (1368-1644 masihi)

 7. PULAU SOCOTRA, YAMAN
Merupakan kediaman bagi lebih daripada 800 spesis tumbuhan, sebahagian 240 daripadanya merupakan endemik kepada pulau itu yang tidak boleh ditemui dari tempat lain di dunia. Walaupun dengan iklim yang panas dan kering, namun tumbuhan yang paling menakjubkan tumbuh subur di sana. Lagi gambar Pulau Socotra di [SINI].

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan, terdapat sebanyak 1776 bukit yang terletak pada keluasan 50km persegi (20 batu persegi). Bukit-bukit ini dilitupi dengan rumput hijau yang akan bertukar menjadi perang/coklat semasa musim kering yang bmembawa kepada penamaan kawasan tersebut.

5. SUBMERGE FOREST, PATAGONIA
Terletak pada kedalaman 30 meter di dasar Tasik Traful, Patagonia, hutan terendam (submerge forest) ini mewujudkan semula lanskap fantasi yang mampu mempesonakan mereka yang berani menyelam di antara pohon-pohon gergasi yang hampir sempurna.

4. TASIK LAHAR, HABSYAH (ETHIOPIA)
Terletak di timur laut Habsyah, sumber hangat dan cahaya yang aneh yang muncul dari perut bumi: merupakan tasik lahar gunung berapi Erta Ale. Ia merupakan 1 daripada hanya 4 tasik lahar di dunia.

3. PULAU YAKUSHIMA, JEPUN
Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia semulajadi pada tahun 1993. Yakushima merupakan daerah paling lembab di Jepun dengan hujan dikatakan turun 30 hari sebulan.

2. HUTAN BULUH SAGANO, JEPUN
Hutan buluh ini merupakan hutan buluh yang paling indah di Jepun. Suara yang dihasilkan oleh hutan bambu ini dari tiupan angin telah dipilih sebagai "100 Suara Jepun Yang Mesti Dikekalkan" oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1870an semasa Thomas Edison mencari buluh yang bagus untuk dijadikan bahan filamen bagi mentol lampu awalnya. Gabenor Kyoto telah menyarankan dua sumber untuk buluh yang mana ini merupakan salah satu daripadanya, dan Edison memilih yang sebaliknya.

1. TAMAN NEGARA RICHTERSVELD, AFRIKA SELATAN
Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1997.


ISLAM DIJUNJUNG WALAUPUN DIMANA JUA


Assalamualaikum semua. Di Kelantan ini banyak perkara yang jarang dilakukan dilakukan oleh negeri-negeri lain di Malaysia. Seperti yang kita ketahui Kelantan merupakan sebuah badaraya Islam yang dikenali di dalam dan di luar negeri. 

Apa yang membuat saya bangga dan insaf berada di Kelantan ini ialah dari segi ibadah mereka contohnya stadium tempat bermain bola sepak boleh dijadikan tempat berkumpul untuk menunaikan Solat Hajat. Subhanallah!!! 


Selain daripada itu juga di tengah-tengah bandar yang sibuk boleh dibuat kuliah Jumaat. Cuba tengok sambutan yang diberikan oleh orang ramai. Kagum sungguh Ya, Allah...


Dan yang terbharu semalam, mesti korang semua tak sangka gelanggang fusal boleh dijadikan tempat berceramah agama, kalau sapa-sapa yang lihat ini mesti tahun KB Futsal Arena. 

24.11.11, Khamis, 7.30 - 9.30 mlm
Kuliah Di Gelanggang Futsal Arena di Pengkalan Chepa, Kota Baharu
Penceramah: Ustaz Azhar Indrus








Macam mana??? Ada negeri lain buat macam ni.?? Nilai lah sendiri. Hanya Takbir Allahuakbar sahaja dapat dilaugkan apabila semua ini berlaku disini.  Takbir ! Takbir ! takbir ! Allahuakbar.