Khamis, 24 November 2011

ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Awal bulan November ini saya hadiri seminar di The Middle East Centre, Oxford bertajuk ‘The Sacking of Syria: Asad as Hulego’. Pembentangnya Rana Kabbani, seorang penulis dan penyiar Syria. Saya kagum dengan keberanian wanita ini. Mungkin jika di Malaysia ada pihak yang tidak mahu hadiri ucapannya sebab beliau ‘free hair’ dan agak bergaya. Letak itu di sebelah dahulu, saya kagum dengan semangatnya mengkritik regim-regim Arab. ‘A very inspiring speech’.

Saya tertarik apabila salah seorang ‘british’ bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Islam State’ akan mengambil alih. Beliau dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

Seterusnya beliau berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak. Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mengujudkan ‘Islam State’ seperti yang diidamkan oleh sesetengah gerakan.
Salah Sangka
Kenyataan Rana Kabbani ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mengujudkan ‘Islamic State’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan ‘Islamic State’ yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat.
Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan ‘Islam State’ menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka. Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada hari revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima ‘Islamic State’ adalah andaian yang salah.

Seminar Homophobia. Gambar kabur, lebih kabur hasrat mereka.
Saya baru sahaja menghadiri satu seminar tentang ‘Homophobia’. Seminar yang cuba memperjuangkan hak golongan GLBT ini. Saya ingin mendengar apakah idea mereka ini. Hakikatnya di Barat pun mereka tidak begitu diterima dan terpaksa merintih nasib. Inikan pula di negara muslim seperti Malaysia.
Menariknya, pembentang dalam seminar tersebut juga mendakwa mereka (golongan GLBT) mempunyai sumbangan semasa perjuangan revolusi Mesir di Medan Tahrir baru-baru ini. Saya tidak pasti sejauh manakah benar dakwaannya. Cumanya yang pasti semua pihak bergabung untuk menjatuhkan regim Mubarak.
Saya teringatkan sahabat saya Muhammad Benaissa, bekas Menteri Luar Morocco –saya pernah cerita dalam artikel yang lepas- yang pernah turut menjadi fellow di OCIS, Oxford ini. Beliau telah kembali ke negaranya. Memang liberal pemikirannya.
Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan ‘Islamic State’. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan.
Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan ‘Islamic State’. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu ‘ketegar’.
Apa Bezanya?
Rakyat muslim secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya.
Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam.
Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak.
Namun, apabila hasrat mengujudkan ‘Islamic State’ atau Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya ‘Islamic State’ itu? Sebabnya, wajah ‘Islamic State’ itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri.
Taliban umpamanya telah mengujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negative tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia. Ribuan cerdik pandai Iran terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal negara itu mempunyai ramai bijak pandai.

Dua orang rakan saya yang berbangsa Iran. Seorang menetap di US dan masih boleh pulang ke Iran. Sementara seorang lagi diharamkan pulang ke Iran.

Dua orang jiran yang menjadi sahabat saya di Oxford ini merupakan dua cendiakawan Iran. Seorang pakarmysticism dan seorang pula musician. Pakar mysticism ini tinggal di Amerika dan masih dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Arabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya ‘Method and Mysticism’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya.
Sementara seorang lagi, Dr Mirdad yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi menumbangkan Shah Iran. Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh. Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Sweden. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang.
Demikian tokoh cendiakawan agamawa Iran seperti Mohsen Kadivar diharamkan pulang. Mohsen Kadivar mempunyai website dan artikel-artikel menarik seperti Wilayat al-Faqih and Democracy.
Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat. Hanya menukar kuasa dari yang ber‘coat’ kepada yang berserban atau berlebai, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun.
Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya. Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.
Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:
“Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).
Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan.
Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak. Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang muslim yang membunuh non-muslim, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi.
Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim. Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya.
Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim. Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak.
Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini. Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam.
Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam.
Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya.
Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam.
Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian.
Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya!

SEDIKIT MULAKHOS TENTANG TOBUR



ASSALAMUALAIKUM......


ALHAMDULILLAH, SEMALAM MAJMUAH 3 TELAH MELANGSAIKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR YANG TAK DAPAT DILAKUKAN TAHUN LEPAS DISEBABKAN FAKTOR2 TERTENTU...IAITU PERSEMBAHAN UTK  TOBUR MINGGUAN DI APIUM NILAM PURI  YANG MENJADI SALAH SATU KEWAJIPAN KEPADA MAHASISWA UM NILAM PURI UTK MENYERTAINYA....

WALAUPUN PADA AWALNYA KAMI TIDAK BERSEDIA DGN PERSEDIAAN YANG CUKUP DITAMBAH LAGI DGN MASA YANG TERHAD LEBIH KURANG 3 HARI JER...KERANA SEBELUM ITU YAKNI PADA HARI KHAMIS HINGGA HARI SABTU TELAH DIADAKAN SATU KEM KEPIMPINAN YANG DIANJURKAN OLEH KELAB FASILITATOR UM...JADI KAMI TIDAK ADA MASA UTK BERLATIH....TAPI KAMI REDHA DGN APA YANG BERLAKU....KAMI ANGGAP INI ADALAH SATU UJIAN DARIPADA ALKHALIQ KPD HAMBANYA....

NASIB BAIK LAH DIKALANGAN KAMI ADA RAKAN YANG HEBAT DLM ILMU BAHASA ARAB...DGN CEPAT DIA MEMBUAT SINOPSIS TENTANG CERITA YANG KAMI AKAN PERSEMBAHKAN....PADA  ASALNYA KAMI TELAH DAPAT PERSEMBAHN DLM BENTUK PENTOMEN DARIPADA UNIT TOBUR, RUKNU BAHASA ARAB....JADI, KAMI BERASA SIKIT LEGA DGN KEPUTUSAN ITU....KERANA KAMI TAHU PENTOMEN LEBIH MUDAH BERBANDING HIWAR DAN MUNAZOROH.....JADI KAMI BERLATIHLAH DGN CARA PENTOMEN...

PENGARAH KALI INI IALAH SAUDARA SYAZWAN KITA....YANG MEMANG MEMPUNYAI IDEA YANG BERNAS LAGI KREATIF..DAN DIBANTU OLEH SAUDARI INTAN NADZIRAH YANG SEMEMANGNYA MENJADI HARAPAN UTK MEMIMPIN SETIAP SLOT LATIHAN YANG KAMI LAKUKAN....SEHARI SEBELUM TOBUR KAMI DIKHABARKAN DGN BERITA YANG KURANG ENAK DIDENGARI YAKNI TOBUR PADA KALI INI BERFORMAT BARU SELEPAS BADAN BAHASA ARAB DIPIMPIN OLEH PENSYARAH KAMI YANG BARU IAITU, DR TAUFIQ BEDBEDJ...

FORMAT PENTOMEN PADA KALI INI SAMA DGN HIWAR...YAKNI SEMUA PELAKON WAJIB BERCAKAP..DAN SEMEMANGNYA INI BERCANGGAH DGN APA YANG KAMI BUAT PADA SESI LATIHAN....FUHHH....RASA KURANG JGAK LAR...TAPI INI KEPUTUSAN YANG QATIE DARIPADA PIHAK PENGURUSAN SEWAJIBNYA KAMI PATUH.....

PADA MALAM LATIHAN SEBELUM HARI TOBUR MEMANG KAMI BERLATIH BRSUNGGUH2...SAMPAI ADA YANG TERCUNGAP2 KELETIHAN AKIBAT WATAKNYA SEBAGAI POLIS....UNIT MULTIMEDIA MEMANG KELAM KABUT.....PROP JUGA APA KURANGNYA....TAPI INILAH KEPUASAN DALAM KUMPULAN...

SAMPAILAH HARI TOBUR YAKNI PADA HARI RABU, 23 NOVEMBER 2011...TIBALAH MASA UTK KAMI MEMPERSEMBAHKAN APA YANG KAMI RANCANG DAN BUAT....MAJLIS BERMULA PADA PUKUL 8.15 MINIT PAGI....INI LUAR DARIPADA KEBIASAAN KERANA BIASANYA MAJLIS BERMULA PADA PUKUL 8.30 PG....TP X PE...MUNGKIN INI SALAH SATU UJIAN BUAT KAMI...PERMULAAN MAJLIS SEBAGAIMANA BIASA, MC PADA WAKTU ITU IALAH DUA SAUDARI SOLEHAH DARIPADA MAJMUAH KAMI IAITU UKHTI KHAIRUN NABILA DAN DIBANTU OLEH UKHTI NUR WAHIDAH.... SEMEMAGNYA MANTOPPPP....

SETIAP PERSEMBAHN MEMERLUKAN PENGGERAK SUPAYA TERATUR PERSEMBAHAN....TERIMA KASIH KPD SAUDARI INTAN KERANA SEKALI LG MENJAYAKAN PERSEMBAHAN....WALAUPUN BELIAU TIDAK BERLAKON...

HABIS SATU SLOT DISAMBUNG DGN SATU SLOT YANG LAIN....JELAS TERPANCAR KERIANGAN DI MUKA SETIAP PENONTON YANG MENYAKSIKAN PERSEMBAHN KAMI...KERANA TERDAPAT SLOT YANG AGAK LAWAK SPT SLOT YANG MANA LAILA LARI DARIPADA RUMAH TAHANAN DAN DIKEJAR OLEH PENCULIK....KAMI AGAK TERKEJUT KERANA WAJAH USTAZ AKHBAR PADA WAKTU ITU X SEPERTI BIASA YANG SELALUNYA MURAM SEWAKTU TOBUR...TP PADA HARI ITU WAJAHNYA MENGAMBARKAN KEDAMAIAN JIWA YANG MENYEBABKAN KAMI JUGA TERSENYUM.....

MAKA TAMATLAH TOBUR PADA HARI ITU....SEDIKIT ULASAN DARIPADA USTAZ KHAIRUL AKHBAR YANG KOMEN PSL KUARANG PERCAKAPAN DALAM TOBUR...DAN PENGGUNAAN BAHASA ARAB BASITOH YAKNI BAHASA ARAB ASAS SAHAJA....DAN DIA SURUH MASUKKAN SEDIKIT PERIBAHASA BAHASA ARAB DLM PERSEMBAHN....TAPI, ITU SEMUA TERHAPUS SELEPAS IA MEMBERI KEPUTUSAN MUMTAZ BAGI KUMPULAN KAMI....KAMI BERASA BERBALOI DGN USAHA YANG KAMI LAKUKAN DARIPADA SUSAH SEHINGGA BOLEH MEMBUAT USTAZ TENANG DGN KAMI YAKNI USTAZ BERPUAS HATI DGN PERSEMBAHN KAMI.....

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PERSEMBAHN MAJMUAH 3 PADA KALI INI....

PENGHARGAAN EMAS BUAT:
SAUDARA SYAZWAN

SAUDARI INTAN

UNIT MULTIMEDIA
HASAN BASRI
ZAHRINA MASTURAH
FATIMAH AZ ZAHRA’

UNIT PROP
IRFAN FARHAN
NUR SUHAIDA

DAN KEPADA SEMUA AHLI MAJMUAH 3....

JUGA X LUPA BUAT PELAKON JEMPUTAN KITA DARIPADA APIDS DAN JUGA MAJMUAH 6 DAN 2 .....TQ BANYAK2

SELEPAS ITU, KAMI BERTUBI-TUBI DIASAK OLEH UCAPAN TAHNIAH DARIPADA PELAJAR YANG MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN KAMI......

THANKS FOR ALL
MAJMUAH 3 TERBAIK

Rabu, 23 November 2011

5 TANDA HATI SUDAH MATI



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
  • Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil





Pengajaran daripadanya:
  1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
  2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
  3. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.”
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Isnin, 21 November 2011

INGAT KAWAN2 INI PERANAN KITA





Masa kini tidak menunggu lagi,
Masa yang lalu menjadi saksi,
Sehari yang datang,
Diri pasti mengerti.
Jika semalam ditangisi,
Kerana salah kelekaan sendiri,
Hari ini usah ulangi lagi,
Pantas mulakan cita-cita murni.
Agar hidup berbudi berbakti duniawi menuju ukhrawi...
Ke hari yang bakal ditinggalkan,
Esok masa baru membawa generasi pengganti,
Sajak Nukilan Salah Seorang Penulis Majalah Haluan..Ummu Anas
Pelajar-pelajar Muslim mesti mengubah sikap mereka supaya lebih mementingkan Akhirat supaya dunia ini digunakan untuk Akhirat. Mereka mesti merasai keagungan Islam, Islam adalah agama yang Haq dan hanya Islam sahaja yang diterima di sisi Allah dan dengan memeluk Islam seseorang itu menjadi sebaik-baik ummat di dunia ini serta menjadi guru kepada manusia tentang agama ini.

1. Niat dan Tujuan Belajar

Niat dan tujuan belajar dalam Islam ialah untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, umat Islam dan mengisi ruang-ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah Islam.
Islam menggalakkan kita menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi Khalifah di muka bumi dan memakmurkannya dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya.
Niat ini akan menjadikan belajar sebagai ibadah dan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan mendapat pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan.

Pelajar-pelajar perlu sedar bahawa banyak ilmu-ilmu yang wujud hari ini dipelopori oleh ilmuan Islam terdahulu, justeru itu pelajar-pelajar bertanggung jawab dengan berusaha bersungguh supaya Islam kembali mengeluarkan pakar-pakar di dalam pelbagai bidang disiplin ilmu pengetahuan.

2. Tasauwwur Terhadap Pelajaran

Pelajar-pelajar muslim mesti membetulkan pandangannya terhadap pelajaran, bermula dari penguasaan ilmu bagi menghadapi peperiksaan akhir, pelajar-pelajar mesti membina peribadi yang berakhlak mulia serta mampu memberi khidmat kepada kehidupan manusia dengan menghubungkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan.

Pendidikan akhlak mestilah diberi keutamaan dalam pendidikan Islam melebihi dari ilmu
pengetahuan yang lain. Menuntut ilmu dalam Islam mempunyai adab-adab yang telah ditentukan dan perlu dihayati semasa pendidikan. Justeru itu kita berkewajipan mempelajari adab-adab tersebut dan membiasakan diri dengannya.


3. Pengurusan Diri

Pengurusan diri hendaklah dibuat dengan rapi dan teratur sama ada di rumah atau kolej/universiti. Tempat tidur dan tempat belajar sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun rapi selepas digunakan. Pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah sentiasa teratur supaya mudah untuk dicari apabila diperlukan.

a. Kebersihan Diri

Pelajar muslim mestilah sentiasa membersihkan diri sama ada dari segi zahir mahupun batin. Kebersihan batin yang dimaksudkan ialah kebersihan hati, ia mesti diberikan keutamaan. Ia mesti dibersihkan dari sifat-sifat terkeji seperti riak, ujub, takabbur, dendam, hasad,dengki dan lain-lain sifat yang dimurkai oleh Allah.

Pelajar muslim contoh bertanggungjawab untuk memenuhkan hatinya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti taqwa, ikhlas, tawadhu’, belas kasihan dan lain-lain sifat terpuji. Seterusnya pelajar muslim mesti menjaga kebersihan fizikal tubuh badannya dan persekitarannya seperti tempat tidur dan meja tulisnya.

b. Pengurusan Masa

Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar,
ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat dan menasabah serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak bermenafaat bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.

c. Memilih Kawan (Sahabat) Rapat

Pelajar Muslim hendaklah pandai memilih kawan (sahabat) karib dari kalangan kawankawannya. Kawan-kawan hendaklah kawan-kawan yang soleh dan mengelakkan diri dari
berkawan pemuda-pemuda yang jahat. Perhubungan dengan kawan-kawan hendaklah
sederhana dan dapat dikawal supaya tidak mengambil (mencuri) masa mengulangkaji
pelajaran.

d. Bijak Memilih Bacaan Ringan

Bijak memilih bahan bacaan ringan bagi tujuan merehatkan minda. Bahan bacaan yang pilih mestilah berfaedah dan dapat menyihatkan akal dan jiwa serta bersih dari noda dan dosa.


5. Memberi Tumpuan Penuh Kepada Pelajaran dan Studi

Perhatian dan tumpuan kepada pelajaran mestilah diberikan sepenuhnya kerana pada tahap sekarang merupakan tahapumur yang paling ideal (sempurna) untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa ini hendaklah dihabiskan sebaik-baiknya untuk pelajaran kerana selepas tempoh ini kewajipan-kewajipan lain seperti berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama sedang menanti.

a. Hadir Kuliah

Pelajar muslim contoh mesti sentiasa hadir kuliah kecuali ada keuzuran yang sangat kuat supaya ilmu dan pelajaran dapat diterima terus dari guru-guru. Semasa menghadiri kuliah, pelajar muslim mestilah memberikan tumpuan kepada guru untuk membantunya menguasai ilmu yang dipelajari. Untuk membantu pelajar memberi tumpuan kepada kuliah, pelajar mestilah membuat persediaan terlebih dahulu sebelum hadir kuliah.

b. Persediaan Sebelum Kuliah

Semasa atau selepas kuliah pelajar muslim contoh perlulah mendapatkan penjelasan dari guru supaya dapat membantunya memahami ilmu dan pelajarannya. Kebanyakan ilmu mempunyai hubungan antara satu dengan lain, justeru itu sesuatu bab yang baru akan sukar untuk difahami sekiranya bab yang terdahulu tidak difahami. Jika penjelasan tidak dapat diperolehi semasa kuliah, maka ia perlu didapatkan selepas waktu kuliah dari guru mahupun dari rakan-rakan.

c. Rumusan Selepas Kuliah

Untuk membantu pelajar muslim menguasai seluruh subjek pengajiannya, maka di akhir setiap sesi kuliah ia mestilah membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi pokok dan cabang-cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami, sebaik-baiknya
menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud dan pengertian asal fakta atau hujah.

Setiap bab tadi digabungkan dalam bentuk sebuah gambarajah besar (peta minda - menukarkan perkataan menjadi gambarajah pokok berserta cabang dan ranting) supaya mudah untuk diingati - gambarajah ini perlu diingati dengan sebaik mungkin.

d. Strategi dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Pelajar muslim contoh mestilah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain kerana ia merupakan satu tuntutan dan kewajipan dalam Islam dimana kejayaan ini dapat mengembirakan kedua ibu bapa. Ia juga merupakan satu tanggungjawab pelajar Muslim untuk menutup pintu fitnah terhadap Islam, di mana ketaatan dan kepatuhan terhadap Islam (terutamanya bagi aktivis Islam) membuktikan bahawa penglibatan dalam gerakan Islam mendorong nya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dari pelajar lain. Usaha ini akan menjadi dakwah 'bil-hal' kepada pelajar-pelajar lain, manakala keputusan yang buruk dalam peperiksaan akan menyebabkan ibu bapa melarang pelajar dari melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.

e. Mengenalpasti Bakat dan Minat Terpendam

Ia juga mesti mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi menafaat dan memperingatkan sahabat-sahabatnya supaya berusaha memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kerja-kerja Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih dan membuat keputusan dalam pemilihan bidang pengkhususan bagi faedah 'amal Islami.


6. Menjaga Hubungan dengan Allah

a. Sentiasa ZikruLlah dan Berdoa

Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikruLlah dan memohon perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan nama Allah (BasmaLlah) dan do'a memohon pertolongan dari Allah. Ia kemudiannya mestilah menunaikan kewajipan terhadap ilmu pelajaran dan mengulangkaji dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah dan kemudian semasa menduduki peperiksaan mulakan peperiksaan dengan hati yang tandus. Apabila keputusan diumumkan, sekiranya keputusannya baik atau cemerlang maka terimanya dengan mengucap BasmaLlah dan mengucapkan tahmid sebagai ucapan bersyukur kepada Allah dan kembalikan kepadaNya atas segala pertolongan dan taufiqNya. Jika keputusan adalah sebaliknya, maka usahlah merasa sempit dada, kecewa dan berdukacita. Sesungguhnya ia adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki, ia boleh diperbaiki dan diubah dengan berusaha lagi dengan memperbaiki kelemahan dan kesilapan disampig mempertingkatkan keazaman dan ketenangan.

b. Sentiasa Berpegang Teguh Dengan Adat Dan Syariat Islam

Pelajar perempuan Muslim juga mesti menjaga dan memelihara adab-adab serta sifat sifat kewanitaannya seperti berpakaian dengan pakaian Islam yang sempurna dari segi bentuknya dan menjauhi apa yang dilarang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang.

Menjaga diri dari tempat yang menimbulkan keraguan dan pergaulan bebas, mengangkat suara tinggi, ketawa dengan kuat (berdekah-dekah atau mengilai) dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar Muslim.

Pelajar perempuan Muslim juga mestilah berpegang dengan adab pemalu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranaannya sebagai pendakwah terhadap kawankawannya.

Rujukan:
Mustafa Masyhur, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Al Qudwah 'Ala Tariq Al
Da'wah)

Khamis, 17 November 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN HUKUM ISLAM UNTUK KAWAL KADAR ANAK LUAR NIKAH


22 Dzu al-Hijjah 1432 / 18 November 2011
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.
DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.
Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.
DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.
Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan pemuda PASWilayah Persekutuan

SEDARLAH WAHAI PEMUDA&PEMUDI ISLAM.




Alhamdulillah, roh kita masih berada di dalam jasad kita. Syukur masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Yang peling kita selalu lupa ialah masih diberi peluang untuk perbanyakkan ibadah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.
Mungkin jika kita masih terikat dengan keenakan atau kenikmatan dunia, kita sering alpa, atau mungkin terlupa, atau juga mungkin sengaja melupakan. Digalakkan lagi dengan bisikan-bisikan yang memancing diri supaya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Bisikan-bisikan tersebut seperti bisikan dari syaitan, nafsiah (nafsu) dan hati kita sendiri yang berhaluan kiri.
Kita manusia biasa, tiada keistimewaan kecuali dimartabatkan sebagai golongan yang paling istimewa di sisi nabi kesayangan kita yakni Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya.
Beruntungkan kita? Tapi bagaimana caranya untuk kita mengelak dari berlaku perkara yang merugikan dan punyai hati yang tidak sihat?
Muhasabah diri, adalah rawatan yang paling mudah untuk diri kita sendiri menerima sesuatu keadaan sewajarnya. Ia dapat memusatkan seluruh anggota badan kita dari luar dan dalam supaya melihat kembali keadaan diri dan juga keadaan sekeliling kita.
Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran – Surah Al-Asr.
cara mudah muhasabah diriJelas bukan? Betapa ruginya jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah! Jadi kekerapan kita bermuhasabah diri menjadi landasan untuk kita terus mengingati Allah.

CARA MUDAH MUHASABAH DIRI

Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.

INGAT ALLAH

Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.
Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Aku akui sejak mengamalkannya dan memakai, segala urusan harian menjadi semakin mudah mahu pun didalam perniagaan aku. Yang paling mudah untuk aku amalkan ialah sentiasa melakukan zikir hati.
Lakukannya dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.

SOLAT

Sesiapa sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.
Renungkan sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.
Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.
Solat juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak solat-solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah.
Insya allah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!

SELAWAT

Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW,  dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.
##### #####
Tip mudah yang aku tulis disini adalah dari rujukan pembacaan buku-buku ilmiah dan dari pengalaman diri ketika mengamalkannya. Bergantung kepada setiap hati masing-masing.
Tarikat Allah ada banyak, jika dapat salah satu jalannya sudah cukup untuk memahami antara pro dan kontra ilmu ketuhanan. Tapi dalam masa yang sama jangan menidakkan ilmu-ilmu sedia ada selagi ia tidak lari dari landasannya yakni dari rujukan al-quran dan sunnah nabi.
Amalkan ilmu tersebut supaya mendapat hidayah seterusnya yang lebih seronok untuk kita jelajahi. Semakin kita ingat Allah, semakin banyak rahsia Allah yang kita ketahui. Insya allah, aku akan kongsikan ilmu-ilmu berguna untuk kita amalkan demi kebaikan menuju ke jalan Allah pada masa akan datang.
Bagaimana cara kamu bermuhasabah diri?

KAT FB PON X SALAH JIKA MAHU TUNTUT ILMU



Apa yang penting, IKHLAS dalam menuntut Ilmu....dan IKHLAS juga dalam berkongsi ilmu....♥♥

Sabda Rasulullah saw memberi amaran: “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
( Riwayat Ibn Hibban disohihkan oleh Syu’aib al-Arna’uth )

Dalam sebuah hadis yang lain, Baginda mengingatkan:
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.” ( Riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang sahih )

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul, dia tidak akan sekali-kali kalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah terutamanya dalam rangka memahami agama Islam sebagaimana firman ALLAH TA'ALA dalam surah Muhammad, ayat 7 :

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

p/s : Janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinmu selagi mana ada ikhlas dan bersungguh-sungguh....

ADAB MENANGANI PERBEZAAN PENDAPAT


INI ADALAH TULISAN DARIPADA SEORANG ALUMNI APIUM NILAM PURI,
JAZAKALLHU KHAIRAN JAZA'.....


Masturah Abu Bakar

24 Muharram 1410H/26 Ogos 1989

Sg.Buloh,Selangor.


Pendidikan :
2007-2009 : Asasi Pengajian Islam, APIUM, Nilam Puri

2009-2012 : Bachelor of Syariah
(Islamic Political Science),
Academy of Islamic Studies, University of Malaya.

Khidmat Khalifah :

Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (Unofficial, Timbalan Setiausaha Agung II)


Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

Pengerusi Sisters in Movement (SIM)



"Sedih mengenangkan pejuang generasi ini. Saling bermusuh, bertengkar dan bercakaran sesama sendiri. Pendapat yang tidak sehaluan menjadi tonggak pertelingkahan. Menghukum dan menuduh dengan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan. Dahulunya mereka baik-baik saja, entah apa masalah timbul yang menyebabkan tercetusnya pertelingkahan.
Mereka sama-sama berjanji dan mengikat taat setia di bawah suatu harakah yang bermatlamat Islam. Namun di bawah satu payungan itu, wujud beberapa firqah akibat tiada kesatuan fikrah. Kumpulan ini dan itu.
Kumpulan ini tegar mempertahankan pendapat mereka. Menganggap mereka sahaja yang betul hingga tercetus perkara di luar kemahuan harakah. Mencaci, menghina dan menuduh orang sesuka hati.
Kumpulan yang itu tidak kurang juga, tetap dengan pendirian pihak mereka. Walau apapun terjadi mereka tetap menentang. Kadang mereka berkumpul sesama sendiri dan mula bercerita tentang itu dan ini. Hingga timbulnya ghibah yang dilarang Rasulullah s.a.w.
Kedua-duanya tidak pernah mengalah.
MasyaAllah. Bukankah mereka sedang sama-sama berjuang? Sama-sama ingin melihat kemenangan Islam di muka bumi. Tidak sedarkah mereka bahawa masalah tiada wehdatul fikr antara umat Islam antara sebab utama penyumbang kepada kemunduran umat Islam? Bagai bangunan yang dahulunya tiada lubang yang tidak langsung memberi peluang kepada musuh untuk mengintai, kini sudah bangunan itu sudah ditebuk sendiri dari dalam oleh penghuni bangunan tersebut hingga memberi peluang mudah kepada musuh untuk menyerang.
Ya. Pabila ditanya 1 soalan kepada 10 orang yang mempunyai 10 otak, semestinya terdapat 10 pendapat yang tidak sama. Ini tidak dapat disangkal kerana fitrahnya tahap pemikiran setiap individu adalah berlainan. Tetapi Islam itu sangat indah. Ia tidak membenarkan sama sekali umatnya berpecah-belah.
Suatu peristiwa,perang khaibar..
“Janganlah kamu mendirikan solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah..”.
Itu pesanan Nabi s.a.w ketika memerintahkan para sahabat supaya menuju ke khaibar untuk memerangi kaum Yahudi Bani Quraizah yang telah mengingkari Perjanjian Madinah dan bersekongkol dengan kaum musyrikin quraisy pimpinan Abu Sufian.
Lantas di tengah-tengah perjalanan, waktu Asar telah masuk. Para sahabat teragak-agak antara 2 tanggungjawab itu. Solat Asar perlu dilakukan sebelum luput waktunya. Namun, arahan Rasulullah itu perlu dipatuhi. Tanggungjawab menepati arahan perlu dilaksanakan.setiap sabda Rasulullah itu menjadi hak baginda sendiri yang menuntut kaum muslimin menepatinya.
Terus para sahabat berselisih pendapat. Ada yang menyatakan perjalanan perlu diteruskan, ada yang berpendapat bahawa kewajipan asar perlu dilunaskan.
Situasi ini menjadikan para sahabat terpecah kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama menunaikan solat Asar semasa perjalanan, sebelum terbenam matahari. Solat mesti dilakukan pada waktunya bertepatan dengan dalil surah An-Nisa ayat 103.
Namun Rasulullah tenang ketika kedua pihak mengajukan permasalahan dan pendapat masing-masing kepada baginda. Ini menunjukkan perbezaan pendapat tidak ditegah oleh Rasulullah.
Umat Islam generasi ini seharusnya mencontohi bagaimana para sahabat menyelesaikan perbezaan pendapat. Permasalah ini dapat diselesaikan jika para pejuang harakah memahami adab berselih pendapat yang diajar Rasulullah.
Berkata Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang mukmin
terhadap mukmin yang lain itu adalah sebagai bangunan yang sebahagiannya mengukuhkan
kepada bahagian yang lainnya," Dan beliau s.a.w. menjalinkan antara jari-jarinya." (Muttafaq
'alaih)

Dalam menghuraikan hadis di atas, Imam al-Qurthubi berkata : "Apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah sebagai suatu perumpamaan tegas yang menganjurkan seorang mukmin itu selalu memberikan pertolongan kepada sesama mukmin, walau pertolongan apapun sifatnya (asal bukan yang ditujukan untuk sesuatu kemungkaran), Ini adalah suatu perintah yang mesti dilaksanakan. Perumpamaan yang dimaksudkan itu adalah suatu bangunan tidak mungkin akan sempurna dan tidak akan dapat dimanfaatkan atau digunakan, melainkan sebahagian dari bangunan itu saling mengukuhkan dan mengeratkan dengan yang bahagian yang lain. Jika tidak, maka bangunan itu pasti runtuh dan musnahlah segala yang diusahakan dengan susah payah untuk mendirikannya.
Justeru, hendaklah kaum muslimin mengaplikasikan perumpaan tersebut walau sesama mukmin. Juga penting untuk sesebuah kumpulan kepada sebuah kumpulan yang lain dan sebuah bangsa kepada bangsa yang lain.
Manusia masing-masing tidak dapat berdiri sendiri baik dalam urusan dunia atau agama, melainkan dengan saling tolong-menolong, bantu-membantu serta saling menguatkan. Jika hal-hal tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, maka jangan diharapkan munculnya keunggulan dan kemenangan. Bahkan sebaliknya yang akan terjadi, iaitu ia akan menjadi kelemahan umat Islam, mereka tidak akan mencapai kemaslahatan yang sempurna, tidak berdaya melawan musuh-musuhnya atau menolak bahaya yang menimpa kaum Muslimin secara keseluruhannya.
Maka, apabila saya mengkaji tentang permasalahan ini, saya mendapati umat Islam keseluruhannya dan pejuang amal Islami khususnya perlu mempelajari bagaimana cara yang terbaik untuk menyelesaikan perbezaan pendapat. Adab-adab penting ketika berbeza pendapat :
1.  Jauhi menghina sesama muslim
"Hai sekalian orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum yang lain, kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih balk daripada yang menghina. Jangan pula golongan wanita yang itu menghina golongan wanita yang lain, kerana mungkin golongan yang dihina itu lebih baik daripada golongan yang menghina. Janganlah pula kamu semua mencela sesamamu dan janganlah memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Jahat sekali nama yang buruk itu sesudah adanya keimanan. Barangsiapa yang tidak suka bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang menganiaya." (al-Hujurat: 11)
2.  Jauhi mengumpat
"Janganlah sebhaagian di antara kamu itu mengumpat sebhaagian yang lain. Sukakah seseorang di antara kamu memakan daging saudaranya dalam keadaaan ia sudah mati, maka tentu kamu akan membenci. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalab Maha Menerima taubat lagi Penyayang." (al-Hujurat: 12)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau semua mengetahui, apakah mengumpat itu?" Para sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui." Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu engkau menyebut sesuatu yang ada dalam diri saudaramu dengan apa-apa yang dia tidak disukai." Baginda s.a.w. ditanya: "Bagaimana pendapat Tuan, jikalau dalam diri saudara saya itu memang benar-benar ada apa yang dikatakan itu?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jikalau benar-benar ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah mengumpatnya dan jikalau tidak ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah membuat-buat kedustaan pada dirinya." (Riwayat Muslim)
Namun terdapat garis panduan tentang perkara mengumpat yang dibolehkan. Imam Nawawi dalam kitabnya Raiyadhussolihin menyebutkan terdapat 6 situasi mengumpat yang dibolehkan. Sila rujuk bab 256.
3.  Larangan menyakiti
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang-orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata." (al-Ahzab: 58)
Dari Abu Zar r.a., bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang Muslim itu ialah ketika kaum muslimin yang lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya yakni selamat dari kekejaman perkataan serta perbuatannya. Seorang muhajir - yang meninggalkan - ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Muttafaq 'alaih)
4.  Tidak saling berbidas hingga timbulnya rasa benci dan memutuskan ukhuwah
Dari Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua saling benci-membenci, saling dengki-mendengki, saling belakang-membelakangi dan saling putus-memutuskan - ikatan persahabatan atau kekeluargaan - dan jadilah engkau semua hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidaklah halal bagi seseorang Muslim kalau ia meninggalkan - yakni tidak menyapa - saudaranya lebih dari tiga hari." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pintu-pintu syurga itu dibuka pada Isnin dan Khamis, lalu diampunlah bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan seseorang yang antara dirinya dengan saudara itu ada rasa kebencian -dalam hati, lalu dikatakanlah- yakni Allah berfirman kepada malaikatnya: "Nantikanlah dulu kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali." (Riwayat Muslim)
5.  Larangan sikap suka menggelar dan mengkafir individu muslim yang lain
"Tidaklah seseorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang orang yang dikatakan itu tidak memiliki sifat tersebut." (Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yang memanggil orang lain dengan sebutan kekafiran atau berkata bahwa orang itu musuh Allah, padahal yang dikatakan sedemikian itu sebenarnya tidak, melainkan kekafiran itu kembalilah pada dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)
6.  Jauhi berburuk sangka
"Hai sekalian orang-orang yang beriman, jauhilah sebagian banyak dari prasangka itur sebab sesungguhnya sebagian dan prasangka itu adalah dosa." (a!-Hujurat: 12)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Takutlah olehmu semua akan prasangka, sebab sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan." (Muttafaq 'alaih)

7.  Jauhi sikap saling bermusuhan
Dari Abu Ayyub r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada halallah bagi seseorang Muslim kalau meninggalkan -yakni tidak menyapa - saudaranya lebih dari tiga malam - yakni keduanya saling bertemu lalu yang seorang berpaling ke sini dan yang seorang lagi berpaling ke sana. Yang terbaik di antara kedua orang itu ialah orang yang memulai mengucapkan salam." (Muttafaq 'alaih)
Akhirnya saya menyeru, sesungguhnya kelemahan yang satu ini adalah sebab mengapa umat Islam tidak lagi digeruni. Bangkitlah wahai kaumku, mari bersama kita berlari berpimpinan merealisasikan matlamat kita. Berjuang ; hidup mulia atau mati syahid"...




Rujukan :
1. Al-Quran ; Allah s.w.t
2. Kitab Riyadhussolihin ; Imam Nawawi
3. Artikel Adab Berbicara ; www.dakwah.info
4. Buku kisah hidup Nabi Muhammad serta peperangan di zamannya ; Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat