APIUM Nilam Puri Administration | ||
|
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI. ASASI PENDIDIKAN ISLAM,ASASI SYARIAH,ASASI USULUDDIN.
Selasa, 11 Oktober 2011
ABOUT APIUM NILAM PURI
Ranking Dunia : Universiti Kita Masih Jauh Ketinggalan
Khaled Nordin
Kuala Lumpur, 10 Okt : Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan universiti tempatan masih belum mampu bersaing untuk disenaraikan dalam kedudukan Times Higher Education (THE) sambil menegaskan tempoh yang agak lama diperlukan untuk tersenarai.
Jelas beliau, ini kerana universiti negara ini masih belum terlibat “lebih aktif” dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi yang merupakan kriteria utama dalam THE dengan menambah banyak penyelidikan yang dilakukan masih baru dan belum matang untuk bersaing dengan universiti antarabangsa yang lain.
“Kenapa ada banyak rangking, sebab guna kriteria yang berbeza dan kalau sama kenapa perlu ada tiga kriteria ini, kalau THE kriteria utama adalah penyelidikan dan kita sejak 2007 telah menekankan bidang penyelidikan selain melibatkan wang yang banyak untuk penyelidikan berimpak tinggi.
“Ia akan mengambil masa antara tujuh hingga lapan tahun, kita fokus kepada penyelidikan dulu sebab itu universiti kita tidak masuk dalam senarai THE, lagipun kalau kita masuk sekarang kita tidak akan masuk dalam senarai 400 universiti terbaik sebab kita masih baru,” katanya dipetik The Malaysian Insiderselepas Majlis Anugerah Akademik Negara 2009 dan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Tujuh tahun untuk matang
Menurut Khaled, penyelidikan berimpak tinggi negara memerlukan masa sehingga tujuh tahun untuk matang.
“Kalau mengikut universiti, enam hingga tujuh tahun baru akan matang, kita boleh buat penyelidikan yang murah tapi kita tidak akan masuk (dalam rangking THE), kita perlu buat penyelidikan berimpak tinggi.
“Kita juga sudah maklumkan kepada THE, enam hingga tujuh tahun dari sekarang lepas penyelidikan kita matang baru kita akan masuk,” katanya.
Malaysia ketinggalan berbanding Thailand
Pada 7 Oktober lalu, tiada universiti di Malaysia dilaporkan berjaya disenaraikan dalam majalah THE yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.
Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).
Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan. Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351 hingga 400. – GZDaily
Isnin, 10 Oktober 2011
SELAMAT BERCUTI AHLI MAJMUAH.......
AL-MAKLUMLAH SEMUA PADA HARI INI AKAN BERCUTI..JADI PIKIRKANLAH APA YANG PERLU DIBUAT DIRUMAH SEBELUM MENJEJAKKAN KAKI DI RUMAH....JADIKANLAH CUTI KITA BERMANFAAT UTK DUNIAWI DAN UKHRAWI..JGN SIA2 KAN CUTI ANDA SEMUA...SEBULAN ADALAH SATU TEMPOH WAKTU YANG PANJANG...JIKA SEBULAN KITA X BUAT PERKARA BERFAEDAH...MAKA IKHLAS SAYA KATAKAN KITA BELUM MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA...SEBAGAIMANA KITA TAHU KAT RUMAH MCM2 BENDA YANG BOLEH MEMPENGARUHI KITA KEPADA PERKARA NEGATIF...SO, BERINGAT LAH WAHAI SAHABAT SEMUA...APA2 YANG KITA HAFAL UTK PEPERIKSAAN CUBA INGATKAN BALIK SEWAKTU ADA MASA LAPANG DI RUMAH AGAR KITA X LUPA...4 SURAH YANG KITA HAFAL TU CUBA INGAT SEBAIK MUNGKIN DAN CUBA MNDALAMI MAKNANYA...AGAR KITA DAPAT TADABBUR....
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT PULANG KE RUMAH DAN SELAMAT PULANG KEMBALI KE VARSITI KESAYANGAN KITA INI APIUM NILAM PURi..........
ILA LLIQA' MAA ASSALAMAH.......
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT PULANG KE RUMAH DAN SELAMAT PULANG KEMBALI KE VARSITI KESAYANGAN KITA INI APIUM NILAM PURi..........
ILA LLIQA' MAA ASSALAMAH.......
PENGISIAN DAKWAH...
DAKWAH VS. AKADEMIK
Sebagai seorang pelajar, sudah pastinya tugas kita adalah adalah belajar, belajar, dan terus belajar. Belajar apa? Menuntut ilmu yang baik, semua ilmu yang baik itu ilmu Allah jua. Yang tidak baik itu datang nya dari iblis laknatullah. Contoh yang tidak baik ilmu sihir, ilmu hitam dan lain-lain. Yang baik selain dari yang tidak baik.Maka timbullah kontroversi dikalangan pelajar ini. Mana yang aulawiyat, dakwah atau akademik? Jawapannya; akademik nombor satu dakwah bukan nombor dua. Ianya seiring dan berkadar langsung.
Namun, masih terdapat suara-suara yang mengatakan; “Tak perlu lah kamu aktif sangat tu, tumpukan pada akademik. Kita kena bawa satu contoh yang baik sebagai umat Islam.” Memang benar kita perlu bawa satu contoh yang terbaik, tetapi bukan dengan cara meninggalkan medan dakwah dan perjuangan! Namun, masih ada yang kurang mengerti. Buktinya, terdapat beberapa ajk surau (adalah surau mana) menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai ajk surau dengan alasan akademik. Ada pelajar yang mengelakkan diri dari mengikuti program kerohanian dengan alasan study.
Cuba fikirkan semula, seandainya semua pelajar yang faham perjuangan dengan bilangan
yang sedikit ini meletakkan jawatan dalam mana-mana platform dan berhenti dari menganjurkan program-program kerohanian... siapakah yang akan menyeru kepada Islam? Siapakah yang akan mencegah kemungkaran? Rasanya, akan ramailah umat Islam yang murtad. Lebih-lebih lagi dengan gerakan musuh-musuh Islam yang begitu aktif khususnya di bumi Sabah dan Sarawak. Dan yang paling utama, apakah jawapan kita terhadap soalan malaikat di alam barzakh nanti??
yang sedikit ini meletakkan jawatan dalam mana-mana platform dan berhenti dari menganjurkan program-program kerohanian... siapakah yang akan menyeru kepada Islam? Siapakah yang akan mencegah kemungkaran? Rasanya, akan ramailah umat Islam yang murtad. Lebih-lebih lagi dengan gerakan musuh-musuh Islam yang begitu aktif khususnya di bumi Sabah dan Sarawak. Dan yang paling utama, apakah jawapan kita terhadap soalan malaikat di alam barzakh nanti??Imbaslah kembali sejarah As-Syahid Hassan Al-Banna...
MARDHATILLAH... MENUJU REDHA ALLAH...
PETIKAN KALAM SHEIKH NURUDDIN AL BANJARI
"Jangan memandang remeh sesuatu amal yang kecil sekalipun hanya satu senyuman""Niat orang mu'min lebih baik daripada perbuatannya""Seseorang yang mengamalkan sunnah pada zaman kefasadan ini,ganjaran pahala 100 mati syahid""Imam Malik berkata: Tidak akan elok/berubah keadaan akhir umat melainkan kembali kepada kehidupan Salafussoleh""Saidina Abu Bakar berkata: Aku dilantik,tapi bukan yang terbaik dalam kalangan kamu""Antara perkara yang boleh menyekat sihir ataupun racun,mulakanlah pagi dengan memakan 7biji tamar"
"Imam Abu Hanifah tidak tidur malam 40 tahun"
INILAH REALITI.....X YAH LAR COUPLE LG...
USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA
"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".
Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."
Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.
Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.
Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.
Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~
Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~
INI PERKONGSIAN SAHABAT BLOGGER AQ...
Perkara Menarik Yang Wajar dilakukan ketika Cuti ~
assalamualaikum dan salam satu Malaysia~~~!!
okai.. harini dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya,
fieka shafika...
:)
dah recover blog sy balik!!! hoyeahh!!!
okai... sebelum bercerita dengan selanjutnye tentang topik kita pada hari ini,
pada mulanya beberapa minit yang lepas iaitu sebentar td..
aku dah kesedihan da...
sebabnye.. minggu lepas aku delete blog ni..
td nk activate balik diaaaa, ahh sudah tak bleh da.. aku cm nk nanges da. :( yelaaaa aku syg kot blog ni..
tp at last recover gak..
alhamdulillah n thanks to blogger help kerana sudi membantu.. kehkehkehkeh.. :)
barbalik pada topik kita pada harini..
sepertii yang semua sedia maklum..
sekarang ni bagi pelajar2 universiti, cuti sem la kannn..
YAHOOOOOO!!!
apa yer bende best yang wajar dibuat ketika cuti???
1. MENCARI PAHALA DENGAN MEMENUHKAN IBADAT KEPADA-NYA
urmm... pasal ni ramai antara kita ni masing2 bg alasan yang kalau kelas pack tiap2 hari lagi2 nk dekat hujung2 sem tu asyik BUSY je memanjang , letihlaaaaa, takder mase la kalau suruh mengaji tu enn... apekate tyme cuti panjang ni lagi2 budak2 UIA yang cuti lame giler2 lagi2 yang takder short sem tu, penuhkan la cuti anda ini dengan mengaji ke, bce Quran, solat sunat ke, puase sunat ke.. kan kan kan.. :) kan baik tu
2. TOLONG PARENTS
mende ni selain dapat pahale lebih, dpt meringankan beban mama n ayah kite kan?
mende ni random la.. kite leh tolong mereka mende2 yang kelihatan remeh pon.. macam tolong kemas umah ke, basuh pinggan mangkuk ke, sirang pokok bunge ke, jge adek ke, jemput adek sekolah ke kan... kan berfaedah tu.. mesti parents kita bangge gila ngan kita.. dorang mesti ckp"sejuk perut maknye ngandung 9 bulan 9 hari gini" haaa.. kan bengge kite kalo cmtu?
3. KERJA
mende ni actually cam best.. takder la keje kita kat umah asek membesarkan badan kat umah menternak lemak2 dan seterusnya mngandungi lemak, lalu buat parents kite HANGAT ngan kite kat rumah.. ape kate kite cari duet byk2 dgn bekerja.. kan banyak faedahnye tu... antaranya termasuklah, parents kite takder la membebel kite wat sepah kat umah. tak pon parents kiter takder la mmbebel kite abeskan duet dorang sbb asek mintak duet je nk kuar. kan kite leh pakai duet sndiri.. msti lg best sbb pkai duet hasil titik peluh sndiri lg puas kan..
kite bleh jee keje jd cikgu tusyen keeee, keje beniage goreng pisang ke.. tak pon korang keje je kat tempat ekon2 ni (maklumlah bebudak zaman skang nk keje mudah n sejuk2 je) keje la kat pavi ke, nando's ke, chicken rice shop ke, sushi king ke, klcc ke.. asalkan korang bahagia okai..
4. BUAT KEJE AMAL
mende ni best gak.. pekate korang tolong org2 yang tak berkemampuan tu.. kan dpt pahala.. melawat umah2 kebajikan n bantu mereka secara tak langsung kan.. kan berkat tu...
5. PEGI KELAS TAMBAHAN
haaaa ni saranan.. kalau rse lemah ke subjek pape.. time ni la nk topap kan.. pegi amik kelas bahasa Inggeris ke bg yang lemah, pg tusyen balik ke enn.. tak pon pegi kelas muzik ke, kelastaekwando ke, kelas silat ke.. kan bagus tu!!!
TETAPI!!!!
urmm ni semua saranan..
tapi sejak balik rumah Rabu haritu...
mende2 yang agak2 selalu bermain di fikiran aku untuk dibuat cuti ini....
adelaahhh....
1. ONLINE, ONLINE dan ONLINE
argghhh.... mase ni la konon nk keep in touch ngn kengkawan la ape la.. then tulis mende2 merepek kat blog, update tumblr la, search gossip2 la ape la.. ish3x insap2 la fieka!!!! mami marah tawu??
2. JALAN-JALAN CARI MAKAN
jalan-jalan tu satu hal.. makan tu satu hal!!
mane tak kayap n mane tak gemuk.. duk umah tolong parents kan ader faedah.. kan kan kan!!
menci la cmni fieka!!
3. MARATHON MOVIE
haiihh.. b4 cuti beribu muvi dikutip kat macam external member2 punye.. bajet ni je lah mse nak tgk muvi2.. n bg gegirl mmg citer korea la.. tyme2 gini la nak berangan ngn pakwe2 korea yang hensem2 belake tu en.. heehhh.. marathon kat tasik titiwangse kan lg berfaedah~ kurus sket badan tu.. insap laaaaa fieka!!!
4. TIDO LAMBAT
kalau hari2 tido lambat, macamne nk bangun awal2?? subuh pagi2?? haihhh!!!
tolong insap la fieka!!!!
5. KACAU ORANG
ni feveret....
mcm2 mende jahat da projek baiiikkk nak wat.. haahahahaha..
ntah la.. biler nak insap ni??
okai la teman2.. korang sume da besar2, tahu bezakan yang baik n buruk n mengikut kesesuaian masing2.. cuti ni gunekan lah sebaik2 nye... pegi bercuti kee, balik kampung jumpe atok nenek keee... mane tahu dorang bg korang duet byk ke sbb terharu cucu balik kampung ennn...
HAHAHA. okai la sayang2 sekaliann... selamat bercuti dan selamat beramal.~~ :)
Ahad, 9 Oktober 2011
HA..HA..INILAH MAHASISWA SEBENAR
Presiden PMIUM : Bajet 2012 Bajet P. Ramlee
Petaling Jaya, 9 Okt : Bajet 2012 seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti mana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak”.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang berkata, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.
“Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar,” katanya dipetik Harakahdaily.
PTPTN tukar jadi biasiswa
Katanya, cadangan peringkat mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.
“Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading,” ujarnya.
Ujarnya, boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja.
“Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus,” ujarnya.
Mana tidaknya, kata beliau sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit hingga mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu ‘orang kuat utang’.
Mahasiswa gesa yuran pengajian universiti dicakna
Menurutnya, pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti.
Sebagai contoh mudah, ujarnya yuran internet dan ICT di sebuah IPTA sehingga mencecah RM100 untuk satu semester, dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100, tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan.
“Bas kilang pun percuma, ini pula bas universiti.
“Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa,” ujarnya.
Katanya, ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.
Beliau bertanya, kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di IPT-IPT ini.
Jom ubah kerajaan sekarang
Muhammad Safwan
Tanya beliau lagi, bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Mana mahu guna emel tanpa internet? Nah, itulah persoalannya! Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
“Malang sungguh mahasiswa di Malaysia, bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya.
“Jom ubah kerajaan sekarang!” akhiri Safwan dalam kenyataannya
Langgan:
Catatan (Atom)







